Monday, September 8, 2014

~Ayah Belanja Makan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari semua. Ini adalah entri yang aku taip semalam. Nanti ada pula yang kata aku dok update blog aje. Huhuhu. Baiklah beritahu awal-awal sebelum timbul apa-apa spekulasi. Nak cerita minggu lepas, sama hari dengan kereta aku yang meragam, ayah aku ajak makan di luar. Dapat call daripada ayah masa aku di office. Ajak makan malam di kedai. Ayah kata dah telefon adik juga. Katanya saja nak ajak makan sebab sudah lepas operate mata. Okeylah, ikutkan ajelah.

Maka, dalam pada susah hati sebab kereta buat hal usai solat Isyak kita orang keluar menuju ke kedai makan yang sudah dijanjikan. Kita orang makan di Semabok. Apa ke namanya dah lupa. Tapi ada jual satay. Hj Ibrahim Satay kalau tak silap.

Ini antara yang sampai dulu antara makanan yang lain. Aku order nasi goreng pataya, anak-anak mee sup, adik aku mee basah, ayah aku mee goreng kongsi dengan mak. Seronok makan ramai-ramai.

Ini budak kuat makan. Dia dan makanan tidak dapat dipisahkan.

Satay yang pelbagai. Paling suka satay kerang. Sesuai sangat untuk aku yang hb selalu rendah ni. Selesai makan kami pulang ke rumah masing-masing. Gambar kita orang tiada sebab aku tidak berapa ada mood masa tu sebab susah hati pasal kereta. Tapi makan berselera. Hehehe...Itu sahaja kisahnya. Terima kasih, ayah! Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                   

1 comment:

Ummi Syahmi said...

Hai Fyda, Salam Perkenalan!
Bestnya sate kerang..tak pernah jumpa lagi. Ni kedai kat area mana yer? Macam teringin pulak nak pergi dan rasa..hehe..

Saya dah follow blog awak. Jika sudi datanglah singgah ke blog saya
http://ummirdinacong.blogspot.com/
TQ :)