Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum sahabat-sahabat...^____^
Selamat pagi selasa buat semuanya. Tak kira pada pembaca tegar atau tidak tegar di blog picisan ini. Pada pembaca yang rajin meninggalkan komen terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca. Komen-komen itu adalah sebagai dorongan sebenarnya. Entri semalam ada seseorang yang meninggalkan komen pada entri itu.
Komennya berbunyi begini. Terima kasih banyak-banyak atas kata-kata sokongan itu. Cuma aku tak tahu orang yang komen ni di kalangan orang yang aku kenal ataupun tidak. Sekali lagi terima kasih ye. Jangan serik membaca blog ini.
Pagi ini aku agak tenang dari hari-hari lain yang kadang agak kelam-kabut. Pagi ini semua agak dipermudahkan dari rumah hingga sampai ke pejabat. Bangun tadi jam 5 terus tak boleh lelap. Azan Subuh berkumandang aku terus bersiap-siap dan kejutkan yang lain. Adriana pun senang bangun. Tak perlu aku melontarkan vokal tinggi. Selesai semuanya aku keluar dulu dari asben. Trafik pun lancar dan aku sampai awal di pejabat. 20 minit awal. Selalu lagi 5 minit jam lapan baru sampai. Tercungap-cungap naik tangga. Hari ini agak santai. Hari tanpa tekanan. Harap biarlah sampai ke petang dan untuk hari-hari akan datang.
Renung-renungkanlah kata-kata di atas. Menerima kekurangan menjadi kelebihan. Itulah kesempurnaan yang sebenarnya. Kekurangan yang ada saling melengkapi antara satu sama lain. Sekian entri pagi ini. Wassalam...
Aku Penulis Picisan,
No comments:
Post a Comment