Foto : Carian Google
Assalamualaikum....^____^
Selamat pagi semua. Sudah khamis. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Mudah-mudahan hendaknya. Hari ini mahu berkongsi mengenai kuasa gerak hati. Bacalah artikel yang aku kongsikan yang dipetik daripada blog yang berkenaan. Semoga bermanfaat buat semua.
Pernahkah
secara tidak disengaja atau tiba-tiba anda rasa bagai ada yang tak kena
dengan pasangan anda? Akhirnya perasaan tidak kena tersebut terjawab
juga satu masa, sama ada cepat atau pun lambat. Benar? Pernah alami?
Saya nak kongsikan satu kes yang baru saya terima. Seorang isteri sering
saja rasa gelisah dan tak senang hati apabila suaminya keluar daripada
rumah dengan alasan uruskan perniagaan. Setiap kali memandang wajah
suami; bagaikan si suami menyembunyikan sesuatu. Pernah rasa tak senang
hati tersebut diluahkan kepada si suami tetapi si suami hanya ketawa
besar. Kata si suami: gangguan perasaan saja. Si isteri yang taat dan
patuh berusaha tenteramkan perasaan sendiri.
Si
isteri hanya berdoa mohon Allah berikan ketenangan, jangan sampai
merosakkan hubungan perkahwinan. Berbelas tahun melawan gerak hati,
akhirnya rahsia gerak hatinya terjawab selepas kematian si suami – si
suami telah berkahwin lagi tanpa pengetahuannya, mempunyai anak yang
hampir sebaya dengan anak-anaknya dan lebih menyedihkan hingga tika saat
ini - setelah hampir tujuh tahun pemergian si suami – dia masih tidak
dapat memaafkan sepenuhnya penipuan si suami yang sanggup tidak berterus
terang dengannya.
Kronologi
kes ini; si isteri langsung tidak berjumpa apa-apa bukti yang boleh
mengaitkan si suami dengan wanita lain. Si suami kekal macam biasa
walaupun sering kerja luar atau balik lewat malam dengan alasan
menguruskan perniagaan – biarpun selepas kematiannya, si isteri yang
bertindak sebagai ‘rakan kongsi diam’ terpaksa melunaskan hutang
berjumlah lebih 40juta. Persoalannya, bagaimana si isteri boleh rasakan
semacam ada yang tidak kena dengan si suami, seakan si suami
menyembunyikan sesuatu daripadanya?
Dalam
satu kes yang lain; seorang isteri tak pernah ambil peduli mengenai
telefon bimbit suami atau pun beg kerja si suami. Hinggalah tiba satu
hari, si isteri terasa nak sangat membuka beg kerja suami dan nak
periksa mesej-mesej kat telefon bimbit suami. Gerak hati diikut; pecah
rahsia suaminya baru berkahwin lagi di sempadan Negara. Sama seperti kes
pertama tadi; tiada petunjuk, cuma rasa hati yang mendorong si isteri
nak memeriksa beg dan telefon bimbit. Kenapa?
Ya!!
Itulah kuasa gerak hati. Mungkin ada yang berpendapat, gerak hati itu
lebih kepada turutkan emosi atau ikutkan nafsu dan syaitan. Bagi saya,
gerak hati berbeza dengan emosi atau nafsu. Saya tiada statistik yang
tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya lebih 12 tahun dalam bidang
konsultansi ini, gerak hati seseorang tak kiralah suami atau isteri, ibu
atau bapa atau anak-anak; adalah satu anugerah daripada Allah bagi
menjaga kerukunan hubungan dan keharmonian berkeluarga.
Perlu
diingat! Hubungan sebagai suami isteri adalah satu hubungan yang sah
dan diiktiraf oleh syarak. Sama juga hubungan antara ibu dengan anak
atau bapa dengan anak. Lantas, apabila seseorang melakukan sesuatu yang
mencemarkan kesucian hubungan tersebut, Allah akan bantu dengan
memberikan satu rasa tidak senang hati sebagai petunjuk dan isyarat, ada
yang tidak kena dengan hubungan yang sepatutnya dipelihara kesuciannya.
Sama juga jika insan tersayang terlibat dengan sesuatu kecelakaan,
Allah akan berikan rasa tersendiri kepada diri seseorang itu dan gerak
hatinya boleh rasakan bagai ada yang tidak kena biarpun kecelakaan
tersebut belum dikhabarkan kepadanya.
Bagaimana
nak bezakan antara petunjuk Ilahi atau pengaruh emosi? Perkara pertama
yang membezakan antara dua perkara tersebut ialah kekerapan anda
mempunyai rasa tersebut. Jika anda memang selalu risau, selalu saja
bimbang tanpa apa-apa sebab atau memang sentiasa rasa tidak tenang; itu
adalah pengaruh emosi. Berkemungkinan mempunyai sejarah tertentu yang
jadikan anda sebegitu. Sebaliknya jika anda tidak pernah rasa bimbang
atau tak sedap hati dan tiba satu masa secara tiba-tiba saja anda rasa
bagai ada yang tidak kena; itulah dia kuasa gerak hati.
Bila
dah rasa sebegitu, jangan terus gelabah sebaliknya bermunajat mohon
petunjuk daripada Allah. Jika benar ada yang tidak kena bakal menimpa,
mohon diberikan kekuatan dan bantuan untuk jalan penyelesaian. Paling
utama: jangan biarkan gerak hati tadi menguasai minda sebab jika minda
dikuasai gerak hati bererti anda biarkan emosi menguasai anda.
Sebaliknya pastikan minda ada stabil, rasional dan mampu menguasai gerak
hati. Berhati-hati dalam melaksanakan apa saja yang tergerak dek hati
anda. Jika ia tidak bercanggan daripada syariat, berkemungkinan itu
adalah petunjuk daripada-Nya. Maka, sentiasa bermunajat dan berserah
kepada-Nya untuk sentiasa membantu anda dalam segala aspek hidup. DIA
akan berikan jawapan melalui gerak hati anda, insyaAllah!!
Aku Penulis Picisan,
1 comment:
ya..setuju..
instict seorg isteri amat kuat..lg2 kalo ada perubahan pd suami. kbyakan kata hati seorg isteri/ibu adalah tepat
Post a Comment