Monday, December 23, 2013

~Tiga Hari Tidak Berupdate~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Menjelang ke petang barulah sempat nak update.  Hari ini badan sakit-sakitler penangan tarik tali masa sabtu hari itu.  Ofis ada buat Family Day kat A Famosa.  Ini yang dok sengal satu badan.  Kena urut lagi nampak gayanya.  Tangan ni tak boleh nak angkat tinggi.  Itulah ajrang nak senaman.  Kalau asben mesti dia bebel.  Huhuhu.  Itu yang semalam dia bawa pergi jogging.  Aku tak jogging pun tapi banyak berjalan.

Nak cerita pasal blog.  Sejak akhir-akhir ini datang kemalasan nak menjengah ke blog sendiri.  Malas nak menulis, malas nak bercerita, serba-serbi malas.  Manalah semangat menulis sudah tercampak?Ke laut agaknya.  Hehehe..

Seriuosly, tersangat-sangatlah malas.  Walhal dulu tak jengah sekali tak senang duduk.  Cerita banyak tapi aduilah...Kenapa jadi begini?Kenapa, mengapa?Cerita masa kat sabah ada lagi dua hari punya cerita, nak cerita pasal family day opis, pasal anniversary aku dan asben, apa lagi ek?Nak cerita pasal kawan yang akan meninggalkan aku.  Uwahhh ini part paling sedih.  Nantilah cerita.  Penghujung tahun dengan penutup cerita yang banyak kisah sedih.  Ermm...

Gambar di atas aku ambil dari google.  Baru tiga hari tidaklah blog aku bersawang bagai rupa ini kan.  Bila datang kemalasan sesekali terfikir adakah blog ini akan terkubur suatu hari nanti?Adakah aku tidak akan meneruskan untuk menulis?Ermmm tunggu dan lihat jelah...

Oklah sekian dulu.  Nanti sambung lagilah ye.  tengah mencari-cari mood mahu menulis sambil tu buat kerja hakiki ye.  






                                                                                                          

No comments: