Sunday, December 15, 2013

~Cerita Hujung Minggu Kami~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.  Aku seperti biasa menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan suami memandangkan hujung minggu ni suami tak kerja.  Bukan selalu dapat offday kalau hujung minggu.  Maklumlah suami kerja shif.  Kadang aku kerja dia cuti, bila aku cuti dia pula kerja.

Jadi cerita hujung minggu ini kami di rumah.  Masak, lipat baju yang menggunung, basuh baju, menyapu eh macam-macam kerja.  Semalam suami balik kerja malam.  Jadi memang kita orang tak keluarlah.  Malam baru balik rumah mil.  Aku hanya memasak dan sambil-sambil tu lipat baju.  Itu pun buat dua trip uolls.  Semalam suami balik sempat basuk kereta.  Bersih sudah kereta aku yang dah lama tak dibasuh.  Siap vakum lagi.  Thanks abang!


Semalam untuk sarapan aku masak spiral goreng tomyam.  Kenyangkan perut dulu kemudian sambung lipat baju dalam tengahari baru aku ke dapur semula untuk masak tengahari.  Semalam aku masak udang masak lemak, sotong goreng kunyit dan sayur kubis.  Itu sahaja lauk untuk tengahari semalam.


Dan untuk pagi ini suami pula ke dapur sebab aku habiskan lipat baju, uruskan anak-anak dan sidai baju.  Inilah hidangan yang suami buat untuk sarapan merangkap sekali makan tengahari.  Makanlah nasi goreng sampai ke malam sebab cadangnya mahu keluar petang nanti.  Nak beli susu dan pampers.  Itu sahaja ceritanya untuk hujung minggu aku dan keluarga.  Sekian dulu...

Wassalam...







                                                                                                                      

No comments: