Tuesday, December 17, 2013

~Hari Ketiga Perjalanan Ke Kundasang~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari selasa.  Pagi tadi patutnya memang nak kejar due date untuk opsyen yang pertukaran skim.  Tapi dalam masa nak kejar masa ada sahaja dugaan datang.  Pendrive kena viruslah, dokumen tak boleh nak baca.  Hah, sangat-sangat stress.  Jadinya tempat paling sesuai untuk melepaskan stress seketika adalah di sini.  Aci tak?Yelah, daripada aku stress aku kacau orang baik duduk diam-diam.  Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.

Baiklah, aku amik masa untuk ceritakan hari ketiga aku dan keluarga di Sabah tapi asben dah berbulan-bulanlah ye di sana.  Cuma aku dan anak-anak saja hari ketiga.  Masih tak habis-habis lagi kisah Sabah ni.  Yelah, ini rasanya percutian yang paling lama sampai lima hari.  Selalu pergi mana-mana cukup sampai tiga hari je.  Ini yang amik masa untuk habiskan cerita di Sabah.

Ok, hari ketiga kami sudah merancang untuk ke Kundasang.  Segalanya sudah diaturkan oleh asben.  Aku cuma ikut je.  Pagi-pagi sudah bersiap.  Semangat nak Kundasang punya pasal.

Memandulah asben dengan berpandukan GPS.  Alahai, jalannya yang tak berapa kusuka.  Pening dibuatnya.

Adriana duduk seat depan sebab aku tak boleh duduk depan nanti ammar pun nak duduk sekali.  Biasalah ammar nak berpangku je dengan mama.

Suruh ammar tidur.  Nanti pening aku kata.  So dia dengar kata dan tidur.  Kan masa pergi Simpang Menggayau dia muntah.

Dalam perjalanan asben berhenti kat sini.  Entah apa namanya.  Sempatlah bergambar.

Aku bergambar seorang diri.  Cantik permandangannya.

Aku dan anak-anak pula.

Ammar kerjanya nak dukung je.

Papa dan anak-anak pula.

Kemudian ke sini.

Aku dan anak-anak berpimpin tangan.  Masa ni tak silap renyai-renyai.  Pasai apa aku tu?

Tengok dari jauh je.  Aku geli nak masuk dalam dengan ikan banyak-banyak.

Jalan di jambatan gantung.

Aku sampai setakat tu jelah.

Kemudian kami ke sini tempat air panas.  Poring kan namanya.

Gambar berendam non ado.  Ini selesai bermandi air panas.  Dah nak balik.  Suruh adriana bergambar.

Aku pula seorang diri.

Anak-anak yang sudah siap untuk pulang.  Nampak tak di mana asbenku.  Tu dia yang tengah duduk.  Nampak tak?Aku je yang nampak.  Selesai dari sini kita orang pergi makan kat mana entah.  Kemudian baru balik ke hotel.  Nak gerak balik lagi mencabar.  Dengan tak nampak jalan.  Gelap pula tu.  Memang menakutkan.  Kecik besar je mata aku waktu tu.

Itu sahaja ceirta kami di hari ketiga.  Tunggu cerita yang lain di entri lain.  Mahu cepat habiskan cerita di Sabah.  Sekian dulu...

Wassalam...







                                                                                                         

No comments: