Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Lagi setengah jam mahu pulang. Entri pagi tadi kata aku kat kursus kan. Petang mengedik aku masuk ofis sebab ada surat nak buat. Itulah yang aku bersiaran langsung dari ofis yang awesome ini. Oleh sebab masuk lewat petang, aku hanya mampu buat surat yang mahu dibuat. Kerja yang lain esoklah. Blur tengok benda atas meja ni.
Update blog jap sementara tunggu nak balik. Nak cerita kisah minggu lepas. Kami empat beranak ke Pizza Hut. Makan di situ sebab nak guna baucer kemenangan yang aku dapat daripada Majalah Aroma. Kalau tak silap akulah tapi memang majalah masakan. Itulah sebabnya kami terjah ke Pizza Hut.
Papa dan ammar.
Adriana dengan aksi spontannya kalau bergambar.
Mama dan nana pula.
Inilah baucer yang kami guna..Makan RM50 bayar dalam RM20.
Apa yang asben baca tu. Oh terms belakang baucer kot.
Inilah pizza yang dipesan. Pilihan asben. Tekak aku tetap suka super supreme. Lain-lain pizza can not go!:D
Dan aku pesan yang ini. Spageti aglio olio. Betul tak ejaannya. Aku suka kat pizza punya. Sedap. Itu sahaja aktiviti kami. Bila sudah kembali berempat memang macam-macam aktiviti. Tidaklah aku dan anak-anak terperuk sahaja.
Sekian...Bersambung lagi di lain entri.
2 comments:
mcm kurus dak pendi tu
pizza!!!!!
my feveret!!!
Post a Comment