Alhamdulillah...Ini antara wishlist kami yang tercapai untuk tahun ini. Setelah sekian lama berniat untuk memasang awning di porch, tepi rumah dan belakang rumah akhirnya wishlist itu telah kami laksanakan bulan lepas. Nak buat sekali gus untuk rumah nie memang tak terlarat. Aku selalu ingat kata-kata ini ukur baju di badan sendiri. Itu kata-kata laki aku selalu bagi kalau bini dia lupa diri dalam berbelanja. Hehehe. Biasalah kadang kita nie terleka.
Setakat nie awning jealah yang kami mampu. Kalau ikutkan aku nak pasang apa tue ke namanya, pagola erk. Cantik kan??Tapi tidaklah kemampuan. Janji tutplah area porch rumah. TIdaklah panas sangat. Ada awning nie redup sikit depan rumah. Anak-anak pun boleh bermain-main kat luar. Jom tengok gambar. Sekadar berkongsi dan ini untuk koleksi aku. Nanti boleh ingat bila erk aku pasang awning kat rumah. Dah lama rasanya. Dah berapa tahun erk. Itu jea.
Ini bahagian porch. Masa nie baru dipasang rangka-rangkanya.
Bahagian tepi rumah. Dua bilik sekali gus dipasang. Bilik adriana dan juga bilik bacaan.
Ini sebelah belakang rumah.
Di bawah pulak gambar setelah siap semuanya.
Tadaaa...Ini bahagian depan rumah.
Keseluruhan porch rumah setelah dipasang awning.
Tepi rumah sekali lagi. Masa nie lampu tepi rumah tue on dah nak senja. Kebetulan amik gambar sekali.
Dan akhir sekali gambar di belakang rumah. Berterabur skit yea. Itulah kisahnya rumah setelah berawning. Puas hati jugak dengan orang yang pasang awning nie. Sekian entry di waktu lunch ini.
Nota kaki>>>Ada lagi wishlist kami yang akan kami laksanakan. Semoga dipermudahkan segalanya dan sentiasa dimurahkan rezeki kepada kami.
3 comments:
takpela h pelan2 ila anti masuk umah baru pun buat satu2..kang buat semua kang.. ada yg makan pasir hihi
skang kan musim ujan. ok latu dah berawning.. bestnya!
Cantik rumah ☺☺
Post a Comment