Monday, December 31, 2012

~Kenangan 2012~

Assalamualaikum...^___^

Sebelum tahun 2012 yang tinggal lagi beberapa jam untuk melabuhkan tirainya, aku nak review semula apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 ini dalam hidup aku mahupun keluarga.

Baik kenangan suka mahupun yang berduka pasti akan ada pada semua orang.  Begitu juga dengan aku.  Ada yang gembira, ada yang duka, ada yang biasa-biasa jea.  Heeee..Yang pasti ini semua akan dipanggil memori.  Dan yang lebih penting detik 12 tengahmalam nanti aku akan berumur 30an.  Tidak lagi 20an.  Selamat tinggal zaman 20an yang awesome dan yang paling sweet. :D

Oklah, jom tengok antara perkara-perkara yang terjadi pada aku sepanjang tahun ini.

Kek yang pertama aku baking sendiri.  Ini kek besday untuk adriana.  Aku berjaya buat sendiri kek untuk anak aku.  Walaupun rupanya tidak menarik tapi aku berpuas hati.

Ini pula kek untuk ammar.  Aku melangkah setapak dengan mencuba edible image pada kek.

Lahirnya Nayli Firzanah and officially aku bergelar mak long!  Tapi aku dipanggil obek.

Kami berjalan ke KL.  Dapat bawak anak-anak naik komuter.

Ini yang paling tak best sebab ammar warded.  Ammar batuk teruk sampai kena sedut gas.

Dapat cabutan bertuah iaitu MP3 daripada BSN iaitu sijil simpanan premium.

Hang out dengan anak-anak buah dan jugak SIL.  Best time nie.

Menang contest dari Dutch Lady.

Pengalaman pertama menaiki kapal terbang seorang diri.  Masa nie aku nak ke Penang untuk menghadiri kursus.  Memang tak boleh lupalah saat-saat ini.

Dapat berbuka puasa beramai-ramai.

Beraya ke JB untuk melawat nenek aku.

Buat besday celebration untuk asben.

Dapat berjumpa dengan kawan-kawan Poli aku.

 
Kami bercuti ke Pulau Pangkor.

Akhirnya dapat menjejakkan kaki di I-City.

Menang Micro Hi-Fi dari 7 Eleven.

Untuk rumah pula, aku dan asben dapat memasang awning di porch, tepi dan belakang rumah.  Alhamdulillah lepas satu hajat kami pada rumah.

Ini yang paling aku gembira sebab pertengahan tahun ari tue asben telah membeli 2nd car iaitu kereta untuk aku.  Walaupun kereta second aku tak kisah.  Janji aku ada kereta dan aku boleh ke mana-mana dengan sendirinya.  Good bye to town bus!!!Eksen yea dah ada kereta.  Heeee.  Bus tetap di dalam hati jugak.  Tak ada kereta aku naik bas jugak.  Cuma bila sudah berkereta, memudahkan aku untuk bergerak.

Dalam pada kita bergembira, pasti terselit dukanya.  Tahun nie 2 orang insan pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami.  Al-fatihah buat mereka.

Arwah pakcik.

Arwah nenek sebelah asben.

Itu sajalah yang dapat aku review sepanjang tahun ini.  Diharap tahun 2013 bakal bersinar dengan diserikan perkara-perkara yang indah.  Semoga Allah pemudahkan urusan aku dan asben untuk tahun 2013 dan dilimpahkan dengan rezeki.  In sha allah.  







                                                                                                                 

No comments: