Salam semua dan selamat tengahari...
Tadaaa..Seperti yang dijanjikan aku kembali lagi untuk menulis kisah semalam yang berlaku untuk dijadikan sebagai kenangan untuk aku dan seluruh family. Semalam, 12.12.12 kan ulangtahun kelahiran mak aku. So kita orang anak menantu dan anak buah mak adalah buat sedikit kejutan. Opocot!!Hehehe
Nak kata surprise tue biasa-biasa jea pun. Oleh sebab ada beberapa perkara tidak dapat dielakkan untuk aku buat dengan lebih teratur so inilah saja yang dapat kami buat untuk mak. Sebenarnya aku rancang benda nie dengan kakak sepupu aku. Kita orang memang bercadang nak beli makanan dan jugak kek. Kek tue memang kakak sepupu aku nak sponsor. Katanya aku tak payah buat. Lagipun dah jemu makan kek sendiri. Hehehe..
Dan semalam, lepas balik kerja aku terus jemput asben aku di rumah dan kebetulan semalam adalah hari off day dia. Cantiklah sangat. Sedang bersiap hujan pulak tue. Dah tergendala kejap. Siap dengan guruh, kilat, petir. Tunggu reda sikit baru keluar. Aku dan kakak sepupu dah agih-agih dia beli apa aku dan adik beli apa. Kerja menjadi lebih cepat. Taklah terkial-kial nak beli barang.
Sampai area taman rumah mak dekat nak maghrib. Tunggu kak sepupu aku then kami masuk rumah sama-sama. Mestilah sama-sama nak surprise kan. Hehehe..Masa sampai mak aku kat dalam tak tahu kakak sepupu aku ada sekali. Bila dah bising-bising kat luar baru tahu rupanya ada sesuatu untuknya. Heeee..Yang penting memang best malam tadi. Apa lagi jom layan gambar sebab aku dah letih nak mengarang panjang-panjang.
Inilah kek besday untuk mak aku. Kek peach rasanya dengan fresh cream. Sedap!!!
Inilah juadah untuk malam tadi. Beli satay, kfc dan keow teow goreng.
Ayam kfc. Yummyyy!!!
Dalam polistrin nie kow teow goreng sorang satu!!!
Inilah mak aku. Masing-masing menyanyi dengan penuh berirama. Hahaha
Sesi potong kek dah mari kita makan sambil bergambar.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Ini gambar lepas kenyang perutlah. Semua tersenyum simpul. Heee
Gadis bertudung hitam. Gadis ke?Yang dua orang tue sila jangan perasan. Abaikan seluar yang lain daripada lain tue yea. 'Nor, sorryler guna pc kat rumah tetibe akak tak tahu nak crop.'
Lepas makan borak-borak tak habis.
Ini gambar versi mak-mak orang sahaja. Anak-anak sila ketepi!!
Aku naklah bergambar dengan mak aku.
Lepas bergambar dengan mak, bergambar dengan laki pulak.
Lepas dengan laki, bergambar pulak dengan kak wati. Eh malam tadi aku gila bergambar.
Nenek dukung nayli yang takut pada aku!!!Stress aku.
Oh sweet sangat gambar anak-anak ini. Dari kiri Syahmi, Afiqah, Adriana dan Ammar.
Sebelum nak balik perlu bergambar lagi. Gambar kami seperti biasa. Ok adik ipar aku dah tukar seluarnya. Kena bergambarlah. Heeee
Gambar nayli yang nak belajar berjalan.
Akhir sekali gambar ammar. Masa nie dia menjerit-jerit. Bingitlah telinga masing-masing yang dalam rumah tue yea. Kenapa dik. Aku rasa anak aku malam tadi terlebih gula kot. Balik rumah jea masing-masing ketiduran sebab kekenyangan. Habislah diet aku.
Thats' all.
Till then.
Publish!
No comments:
Post a Comment