Tuesday, December 4, 2012

~Lawatan Terakhir Ke Opis Asben Di Kuala Linggi~

Assalamualaikum semua..Selamat pagi selasa.  Pagi nie aku nak cerita mengenai kisah hari sabtu lepas.  Seperti biasa, bila hujung minggu kami cuba mengisi masa kami anak-beranak sebaik mungkin dan menghabiskan masa bersama.  Itulah qulity time yang kami ada.  Hari-hari lain masing-masing sibuk.  So hari sabtu lepas, aku dan anak-anak ikut asben ke tempat kerjanya.  

Sepatutnya sabtu lepas asben akan mula kerja di tempat barunya tapi sebab sudah ditangguh sehingga 10hb nie maka sabtu lepas asben kena habiskan kerjanya di opis lama.  Masoh di jabatan yang lama cuma tempat yang berlainan.  Kali ini tempat baru asben aku berdekatan dengan rumah kami cumanya waktu kerja asben aku kali nie adalah shif.  Kerja pagi, petang dan juga malam.  Itulah perubahan akan berlaku kepada rutin harian kami.  Kalau dulu dari rumah ke Kuala Linggi memang makan masa.  Tapi dalam tak sedar sudah hampir 2 tahun jugak asben berualang-alik dari Bukit Katil ke Kuala Linggi.  Macam mana asben aku boleh tahan.  Aku yang ikut dia a\sabtu lepas tue dah rasa boring lama sangat nak sampai.  Siap boleh tertidur lagi.  Aku memang ratu tidur.  Hehehe.

Oklah jom terjah gambar yang aku ambil.  Kiranya lawatan terakhir kamilah anak beranak dan kali kedua menjejakkan kaki ke sini.  1st time kami ke sini pernah aku ceritakan di entry INI.

Setibanya kami di parking.  Harus amik gambar dulu.

Sampai jea sini kami pegi makan di cafe.  Lepas settle makan kita orang ke bilik asben.

Lepak-lepak di sini.  Boring jea tunggu si dia membuat kerja.  Kenangkan aku mintak asben belikan sesuatu daripada aku maka aku ikutkan jugak dia ke sini.  Kalau tidak kerana barang itu mahu aku bergolek-golek di rumah saja.  Nanti aku ceritakan apakah barang itu.

Tengok budak berdua nie.  Dah buat macam rumah sendiri.  Aku sudah pening pala. :D
 
Aku yang keboringan amik gambar bot.
 
Ok, time nak balik.  Asben suruh bergambar dulu.  Macam biasa aku dengan adriana.  Ammar sudah membawa diri.  Bukan melarikan diri yea.
 
Last picture from us untuk hari itu, gambar aku dan anak-anak.  Muka aku tue adalah muka bosan, muka paksa senyum.  Gesa laki aku nak balik cepat sebabnya nak pegi senam robik dengan nak amik barang itu.  Sekarang tengah addict senam robik.  Bersabar jealah.  

Itu jealah cerita untuk pagi ini mengenai sesi lawatan terakhir kami anak-beranak ke opis asben.  Lepas nie asben aku akan mulakan kerjanya di tempat baru pulak.  Harap dapat menyesuaikan diri dan juga menyusun kembali masa yang akan berubah.  Itulah kisah kami.  Sekian dulu entry merepek aku pagi ini.  Next story pleassseee....







                                                                                                                      

1 comment:

Ya ALiya said...

semoga biasa dengan keadaan suami yg kena keja shift yer......