Akhirnya malam tadi dapat jugak aku layan filem Istanbul Aku Datang. Bukan malam, tapi pagi-pagi buta oleh kerana mata tak mau lelap. Itu yang berjaga sampai pukul 4 pagi sambil update blog. Banyak dah entry aku taip. Tunggu nak published jea.
Ini semua gara-gara mira mokhtar tengok filem nie jumaat lepas. Harus ahkak pun tengok. Hehehe..Best jugak filem ini. Cerita cinta dan ada juga terselit komedinya. Aku layan sorang-sorang dan ketawa sorang-soranglah.
Tak dapat nak menonton di pawagam itu yang tengok di rumah saje. Sekarang susah nak ajak asben pi tengok wayang. So tak payah buang masa ajak dia. Aku tengok online jea sekarang nie. Macam-macam cerita boleh tengok.
Ini part dia orang sudah berkonflik. Aku geli hati part yang Dian (Lisa Surihani) takut kucing. Scene itulah yang aku ketawa sorang-sorang. Cukup geli hati. Aku pun memang takut kucing. Kalau aku pun memang terlpompat-lompat bila nampak kucing.
Cantik Lisa nie kan?Suka tengok dia berlakon dan suka tengok dia. Lakonan Tomok pun boleh tahan. Tidaklah kaku sangat. Tak nak banyak komen tentang lakonan dia macamlah aku nie pandai berlakon. Hehehe...Jalan cerita pun tidak memboringkan. Time tengok nie tak tahu jam pukul berapa. Abis jea aku tengok dah pukul 4 pagi. Patutlah kepala dah berpinar-pinar. Hehehe...Itu jealah kisah aku menjadi burung hantu malam tadi. Sekian dulu entry tengahari ini. Babai...
1 comment:
mmg best gileer citer ni.. lya tgk citer ni 3x... mmg x jemu..suka dressing lisa..kiutnyer.. beto la..sempoi je..tp menarik
Post a Comment