Assalamualaikum..^-^
Selamat pagi jumaat dan salam 1 Malaysia. Jumaat terakhir untuk tahun 2012 dan jumaat minggu depan kita sudah pun berada di tahun yang baru. Semoga hari ini ada sesuatu yang baik atau gembira buat kita semua untuk dijadikan kenangan dalam diri masing-masing.
Pagi nie, aku nak share kata-kata di bawah ini. Aku suka dengan kata-kata ini yang berkaitan dengan pendiam?Siapa pendiam kat sini?Sila angkat tangan!So, pagi ini aku nak berkata mengenai pendiam.
Aku pernah juga orang kata pendiam. Memang dikategorikan sebagai pendiam atau secara ringkasnya berat mulut. Beratnya mulut ko. Ada emas ka?Ada. Nak ke?Heeee. Seriously, kadang memang tension bila orang label kita macam tue. Sampai tension ok. Bukan tak nak jadi ringan mulut tapi entahlah memang dah memang sebegini dari lahiriahnya. Heee.
Tapi ada keburukan jugak untuk orang pendiam nie. Kadang selalu kena tindas. Betul tak?Atau aku yang salah berperasaan sebegitu. Fikir positif sajalah. Ini just pendapat aku. Kalau nak tahu aku nie taklah pendiam sangat pun. Pada sesiapa yang dah kenal aku mesti tahu aku macam mana kot. Banyak cakap sebenarnya, belum dengar aku ketawa lagi. Hahahaha...Terus hilang sikap pendiam tue.
Sebenarnya bergantung kepada siapa aku berkomunikasi dan pada orang yang aku kenal. Kalau dia peramah, peramahlah aku. Kalau dia pendiam, aku mungkin akan jadi lebih pendiam dari dia dan kalau dia ceria, mungkin aku akan terlebih-lebih cerianya. Heee..Kang takut terlebih peramah, terlebih ceria orang tak suka pulak. Susah jugakkan. Jadi pendiam pun salah, jadi yang banyak cakap pun salah jugak. Kalau nak jadi banyak cakap, biarlah menjadi seorang yang cakap dengan benda-benda berfaedah. Nanti orang label pulak seperti tin kosong. Senang cerita, jadilah diri sendiri. Aku selesa sebegini. Tapi sebenarnya bila aku lihat, mungkin aku bukanlah seorang yang pendiam sangat pun, ada orang mungkin lagi pendiam dari aku bila aku bertemu dengan rakan baru. Tahap pendiam aku mungkin tidak sebanyak itu kot. Perasaan sendiri. Heeee..
Dan kini mungkin aku telah dapat mengatasi masalah itu tanpa aku sedar. Bergantung juga pada keadaan dan juga tempat. Aku belajar bila kita banyak keluar untuk bercampur dengan orang. Itu semua yang membuatkan aku membuang sedikit sikap pendiam itu. Ikut mood jugak. Heee..
Apa-apa yang penting setiap perasaan atau sikap kita akan melambangkan peribadi kita. Ada masa mood kita beruba-ubah. Adakala happy, ada masa pula ceria, ada masa tidak ada mood. Yang penting cara kita untuk mengendalikannya. Itu lumrah kehidupan. Aku cuba belajar untuk mengawal emosi dan perasaan diri. Ingin menjadi seorang yang lebih berfikiran positif. ^___^
2 comments:
saya setuju sgt kak,sb sy pun dikalangan mcm tu gak.
Macam mana pendiam pun seseorang tu bila dgn suami atau isteri mesti tak pendiam kan Fida..
Post a Comment