Salam semua dan selamat pagi selasa.
Hari ini dah 11 Disember. Lagi beberapa hari saja lagi ulangtahun perkahwinan kami. Bila dah dekat nie memang teruja dia lain macam. Lain macam mana aku pun tak tahu. Hihihi..Bila dah dekat-dekat nie mesti nak membelek album kawin.
Ini cerita jumaat lepas time dok sorang-sorang kat rumah. Laki dan anak-anak belum pulang. So inilah kerjaan aku sorang-sorang. Tengok-tengok kat rak buku yang terselit sekali album-album kawin. Itu yang aku tengok balik. Teringat waktu-waktu indah beberapa tahun lepas saat bergelar raja sehari. Seronok kan??
Oklah jom tengok koleksi album perkahwinan aku. Album aku tak banyak pun. Ada 3 buah jea. Satu album bergambar di studio, satu album masa majlis di rumah aku dan satu lagi dah tentu-tentu gambar di rumah asben.
Inilah koleksi album-album perkahwinan aku.
Ini album studio. Masa nie penuh kontroversi nak amik gambar kat studio. Hehehe..Yelah aku nak amik gambar studio asben tak nak. Betul ngada-ngada masa tue tak nak amik. Dan akhirnya aku menang!!!Hahhhhh...Bukan apa sekali jea seumur hidup. Untuk kenangan kita orang jugak.
Ini pulak album di kedua belah pihak.
Gambar yang telah diedit oleh jurugambar.
Aku puas hati dengan photographer kita orang masa nie.
Gambar-gambar sewaktu majlis pernikahan setelah diedit.
Dan akhir sekali gambar dari album di studio. Gambar studio memanglah cantik. Seronok bergambar kat studio nie. Aku nie memang suka bergambar. Hehehe..Itulah jadinya. Laki pulak tak suka bergambar. Selalu kena paksa dengan aku. Kesian laki den.
3 comments:
tembam laki ko masa ni.....
happy anniversary buat u all.. semoga sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang.. ;)
Laki ya pun sama,xsuka begmbor....
Post a Comment