Semalam memang cadang nak berbuka di luar sebab lepas berbuka kami boleh terus mencari baju raya kami yang tak dibeli lagi. Risau tengok semua orang dah beli baju raya. Kami anak-beranak belum beli pun. Cuma baju jalan anak-anak aku dah beli awal puasa hari tue. Baju melayu dan baju kurung jea yang belum ada.
Inilah akibatnya buat keje last minit. Tahun nie entah kenapa aku lambat beli kain dan mintak upah. Bila tanya tukang jahit kata dah lambat. Uwahhh..Nampak gaya tahun nie beraya pakai baju siap jea. Aku nie memang tak boleh beli baju yang dah siap. Tak kena jea sizenya. Tapi tak apalah janji ada. Pagi pagi raya sajalah nampaknya.
So semalam kita orang berbuka di fast food saje. Memula berbuka di McD di Fajar. Lepas makan baru kami ke Jusco sebab nak cari kasut raya untuk anak-anak dulu. Jom layan gambar kami semasa beriftar di McDonald.
Set yang aku order untuk berbuka semalam.
Apa pulak mamat tue buat?Amik sos.
Mamat nie pulak tak sabar nak makan.
Inilah makanan kami.
Adriana dengan cekak rambut barunya. Pink yea. Mesti mama dialah yang pilih. Memanjang pink aje.
Aiskrim. Dua2 adriana konker tapi bukan habis pun.
Selamat berbuka!!!
Papa dan nana menikmati makanan. Mama tak nak enterframe kali nie. Biar gambar orang lain pulak. Memanjang gambar aku orang bosan pulak. Next entry nanti aku ceritakan misi mencari baju raya kami!!!!
1 comment:
aku xpenah lg buka kt mcd ...
Post a Comment