Monday, August 6, 2012

~Ending Dejavu Di Kinabalu Versi Ammar~

Penangan drama dejavu belum habis-habis lagi.  Tak habis-habis lagi emosi pasal citer nie.  Sebab aku emosi endingnya bukan seperti yang aku nak.  Hukhukhuk..Aku pilih ammar tapi aku tak vote pun.  Kalau aku vote mesti naik undian dia kan.  Hahaha..

Tapi drama nie banyak yang tergantung.  Apa-apa pun ia hanyalah sebuah drama.  Aku dapat jugak tengok ending drama yang versi ammar kahwin dengan Nadira.  Aku tengok dekat tonton.  Sedih jugak ending ammar nie yang mana Bazli mengalah dan Ammar yang kawin dengan Nadirah.  Tapi akhirnya Nadirah meninggal.  Endingnya sedih sangat.  Sob sob sob..

Ammar!!Hensem kan dia??Ahaks.

Ketika ini dia sudah bernikah dengan Nadirah.

Scene yang sama macam ending Bazli tue.

Semasa nak sarungkan cincin kepada Nadira.

Akhirnya mereka bersatu.

Inilah scene yang Nadira meninggal di suite honeymoon.  Sedih jugak endingnya.

Gara-gara nak tengok drama ending versi Ammar berebut Ipad dengan adriana.  Dia sibuk nak jugak dengan Ipad.  Nak main kaler-kaler.  Aku sendiri pun tak arif dengan Ipad dia lagi tahu daripada aku.  Anak oh anak..











                                                                                                                    

No comments: