Ahad lepas, 16 Ramadhan family asben aku datang berbuka di rumah kami. Kalau sebelah asben adik-beradik dia jea sudah ramai. Maklumlah adik-beradik 5 orang berbanding dengan aku yang 2 ketul nie. Aku dan adik aku jea. Hehehe..Macam adriana dan ammar sekarang. Tapi insyaAllah aku akan buat penambahan ahli keluarga. Hihihi..
Macam biasalah kalau ada tetamu nak datang rumah terpaksalah aku memikirkan idea untuk menu berbuka. Macam-macam nak buat tapi ini sahaja yang termampu. Seharian di dapur memang menyeronokkan dan memenatkan. Tapi tak apa aku ada pembantu. Asben tolong aku potong sayur-sayur. Macam masuk pertandingan masterchef versi laki bini. Kahhhhh
Oklah berbalik kepada menu hari tue aku masak nasi limau purut, kari daging dan sayur campur. Ini smeua tiada gambar sebab aku tak sempat nak amik gambar mereka semua. Selain itu menu terbaru aku cuba buat ayam panggang rosemary, lasagna dan juga oreo cheesecake. Jom layan gambar kami semua.
Ini dia ayam panggang rosemary.
Lasagna. Asben suka makan.
Oreo cheesecake. 1st time try buat. Sedap jugak. Nanti nak buat lagi.
Semasa masing-masing sedang menikmati makanan.
Makan yea. Jangan tak makan.
Anak dara bertiga nie dok depan makan. Kat dining tak muat. Masing-masing makan kat bawah. Kena beli meja makan besar nie. :D
Sekian.
1 comment:
Wah pn.fidah,smpat masak tue..mcm2 jenis juadah ada.. ;)
Post a Comment