Wednesday, July 25, 2012

~Resepi Bubur Cha Cha Laici~

Resepi kedua untuk hari ini adalah Bubur Cha Cha Laici.  Semalam aku cuba buat bubur cha cha laici.  Lain dari yang lain.  Selalu kita makan dengan keledek.  Kali nie makan dengan laici pulak.  Inilah dessert unutk petang semalam.  Nampak resepi ini dekat blog Kak Ita.  Nampak menarik sangat itulah yang aku cuba.

Tengok bahan-bahan pun ada cukup.  Jadi tanpa membuang masa lepas settle masak nasi limau purut aku pun beralih untuk masak menu kedua ini.  Masa masak berfikir jugak apalah rasanya sebab tak pernah cuba.

Inilah hasilnya.  Bubur Cha Cha Laici.  Gambar yang aku snap tak secantik gambar Kak Ita.


Memang sedaplah.  mak aku bertambah.  Kalau mak aku bertambah makna sedaplah tue.  Hihihi.  Oklah aku letak sekali resepi daripada Kak Ita.


BUBUR CHA CHA LAICI
By : Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar
Rujukan : RASA Ogos 2012

100 gm cha cha

100 gm laici dalam tin
50 gm gula Melaka
25 gm gula pasir
350 ml santan
50 ml air laici
1 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa

Rebus cha cha bersama air hingga sedikit lembut

Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula pasir, gula Melaka, dan garam
Kacau sentiasa sehingga gula larut, pastikan menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan laici dan air laici
Kacau dan biarkan mendidih seketika
Akhir sekali, tutupkan api dan sedia dihidangkan samaada ketika panas atau dingin.


Pada sesispa nak mencuba bolehlah mencubanya.  Selamat mencuba!!!!











                                                                                                                    

No comments: