Thursday, July 12, 2012

~Layan Dejavu Di Kinabalu Pula!!~

Lepas bersakura, sekarang berdejavu pula.  Kekononnya tak naklah mengikuti sangat sebab bila dah sekali ikut memang akan terikut-ikut.  Hikhikhik..Sekarang layan cite nielah pulak.  Kejadian sebab aku sudah mula ikut jalan cerita nie sebab aku tengok episod-episod yang lepas secara online.  Masa tue tak boleh nak tido.  Apalagi layanlah cite nie di tab sambil bergolek-golek.  Bila dah start tengok permulaan mestilah kita nak ikut sampai ke endingnya.

Sebab utamanya adalah pelakonnya Aqasha.  Walaupun dia tak hensem tapi dia cute!!!Oh ayat gedik sudah mari.  Aku dan bff aku memang minat dari dulu.  So kalau dia berlakon hari-hari cerita dengan bff aku.  Sekarang nie dia tengah cuti berpantang jadi aku tak dak kawanlah nak chat.  Aku ajelah yang rajin telefon dia di Selama, Perak.

Inilah antara barisan pelakon untuk drama bersiri ini.  Drama yang bersiri 28 episod bergenre romantik ini arahan Erma Fatima.  Menarik jugak jalan ceritanya. 



Sinopsis Dejavu Di Kinabalu 
 
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Itulah sedikit sebanyak sinopsis mengenai jalan cerita Dejavu di Kinabalu.  Sumber daripada SINI.  Ada yang aku google cari sinopsis drama nie kata jalan ceritanya sama dengan cerita korea Summer Scent.  Aku pun tak pernah tengok cerita korea nie.  Nanti nak kena tengok jugaklah.  Dah lama tak layan cerita korea. 

Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini.  Adakah Ammar dan Nadirah dapat bersatu???

Note>>>Tengok cerita nie terasa nak ke Sabah.  Nak pernah sampai lagi.  Asben aje yang pernah sampai sebab dulu dia study di UMS.  Bilalah asben nak bawak aku dan anak-anak pulak???:D







                                                                                                                      

No comments: