Monday, July 23, 2012

~Kisah 1 & 2 Ramadhan~

Nak cerita perihal aku berbuka di mana 1 dan 2 Ramadhan yang lepas.  Kami berbuka di luar sebab memenuhi jadual asben yang balik Melaka berhujung minggu.  Dapat jugak aku berbuka posa dengan asben.  Bila asben balik hujung minggu masa itu digunakan untuk berbuka puasa bersama mak mertua dan juga berbuka di rumah family aku.

Untuk 1 Ramadhan iaitu pada hari sabtu kita orang balik ke Pulai iaitu kampung asben sebab mil aku ada di kampung menjaga nenek yang sudah uzur.  Hari tue aku tak dapat nak prepare apa-apa.  Beli makanan siap aje untuk dibawak balik ke kampung.  Keluar rumah jam 3 petang then terus ke Mydin sebab nak beli susu ammar.  Beli 2 ekor ayam yang sudah masak, seekor ayam black pepper dan seekor lagi ayam madu.  Aku sempat shopping tudung lagi kat Mydin.

Sampainya kami di kampung.  Inilah rumah atok dan nenek sebelah asben.

Itulah atok.  Menunggu di luar.  Entah apa yang ditunggu tak tahulah.  Tunggu anak-anaknya balik kot.

Makanan yang sudah terhidang.  tengok tue sape yang sudah duduk menunggu untuk makan.  Ammar dan makanan tidak dapat dipisahkan.:D

Pelbagai juadah untuk 1 ramadhan.  Rezeki untuk hari tue.

Ini apa hal pulak budak nie dok mencangkung.  Ini adik ipar aku yang bongsu.

Anak-anak aku semangat nak makan yea.

Pelbagai air yang terhidang.

Itulah chef-chef di dapur.  Mak mertua aku dan mak uda aka adik ipar mil aku.  Menantunya keje bergambar saje.  Bukan nak tolong!!!Hehehe...

Semalam pulak aku dan asben berbuka di rumah mak ayah aku.  Rumah aku tak berapa ramai orang.  Ada pun mak ayah aku dan adik dan adik ipar aku.  Lepas tue aku dan asben jea.  Jadi tak adalah makanan banyak snagat sebab kang tak terhabis.  Itu pun macam nak pecah perut makan.

Kita orang keluar rumah lepas solat asar.  Mandi, solat dan siapkan anak-anak aku.  Senang sikit sampai rumah mak aku tak payah mandi.  Aku tak masak apa pun sebab mak aku masak perut masak lemak, mee goreng, cekodok dll.  Aku beli ayam golek, buat cocktail sikit dan popia goreng tapi popia au tak berapa nak menjadi sebab??Kulit dia aku simpan dah lama jadi tak nak lekat.  Masuk masterchef memang aku tersingkir.  ;D

Inilah juadah untuk semalam.
Sikit-sikit jadi banyak pulak.

Perut masak lemak dan mee goreng.  Nampak tak popia aku tue dalam tupperware?
Ini ayam golek.  Beli 1/2 ekor berharga RM9.
Ammar asyik makan jea.  Orang belum buka dia makan.  Bila dah buka dia makan lagi.  tak pe dik, mama suka tengok adik makan. :D

Nayli duduk diam-diam yea.  Umi nak makan.

Semalam aku buat koktel lagi.  Masa jamuan hari tue aku tak dapat nak rasa.  So semalam melepaskan hajat.  Ini dah nak habis baru di amik gambarnya.

Itulah kisah aku di awal Ramadhan.  Hari nie aku berbuka kat rumah mak aku tanpa asben sebab asben dah outstation semula.  Kesian kan aku??5 hari nie aku berbuka dan bersahur tanpa asben.  Ada sesiapa senasib aku tak?





                                                                                                                     

No comments: