Cerita hari sabtu bertarikh 2 Jun belum habis lagi. Masih ada sambungannya dari entry INI. Banyak program sempena hari itu yang kebetulannya besday aku. Memang letihlah sangat-sangat sebab dari pagi hingga ke malam tak berhenti. Robot pun tahu penat. Inikan aku. :D
Oklah berbalik kepada tajuk di atas, mukadimah kang panjang bebenor dan suka lari tajuk. Nak menyimpang lagi nie. Ok2 mari mula cerita sekarang. Balik dari Program Pesta Sungai Melaka yang aku pegi bersama adriana, bergegas balik rumah dalam pukul 10 pagi aku dah cabut. Suruh adriana kaler cepat-cepat sebab nak balik. Boleh erk macam tue. Bukan apa nak berkejar ke rumah kenduri kawin. Aku pulak bergerak sendiri dan nak tumpang kawan kenalah cepat. Kang kena tinggal pulak.
Otw balik telefon mak aku suruh bersiap. Aku sampai jea boleh terus gerak balik rumah aku sebab malam tue mak nak tidur rumah aku dengan maklong. Saje jenjalan dan kebetulan hari tue kak sepupu aku nak bertolak ke bangi sebab nak hantar anak buah aku daftar ke Uitm Shah Alam. Sampai rumah mak tetiba perut lapar. Mana taknya belum sarapan lagi. Apalagi aku makan dulu. Mak aku kata suh dia siap aku pulak nak makan. Hehehe. Settle makan bergegas balik. Sampai rumah pukul 11.30 pagi. Janji dengan kengkawan pukul 12 tengahari. Memang tak sempat nak iron baju bagai. Dengan panas badan lagi. Akhirnya aku pakai blouse dengan seluar aje. Aku bawak adriana jea. Seperti biasa ammar tinggal kejap dengan mak aku.
Inilah satu-satunya gambar yang sempat kami amik. Hari tue photoG tak datang. Aku pulak hari tue datang malas nak bergambar sakan. Memang malas tahap maksimum. Janji ada sebagai kenangan kami semua.
Lepas settle bergambar balik rumah. Kat rumah pulak lain cerita. Nak siapkan makanan sebab mak long dan keluarga nak datang. Masak simple jea iaitu spageti goreng. Yang masak mak aku. Aku tolong lain. Penat seharian keluar masuk rumah. Mereka-mereka sampai lepas zohor. Terus ajak makan dan aku dan maklong potong kek.
Potong kek yea. 1st time kek buatan sendiri untuk besday sendiri. Motif utama kek untuk maklong. Aku tumpangler sekali. :D Tangan aku yang memotong.
Bila nak amik gambar masing-masing pakai tudung. Bak kata anak buah aku (yang bertudung hitam tue). "Wei cepat pakai tudung. Nak masuk blog nie."Tahu-tahu jea bibik ko nie blogger. :D Dengan anak aku sekali pakai tudung. Anak-anak...
Mak long pulak potong kek. Anaknya suh bergambar jugak.
Kami berposing lagi dengan kek ciptaan aku versi malas.
Pompuan nie nak jugak suap bibiknya ini. Bukan bibik maid yea. Aku bibik panggilan untuk makcik. Itaulah cerita makan-makan kami yang singkat pada hari itu. Walaupun sekejap akan tetap terpahat di dalam hati. Sayang kamu semua. Oh yea laki aku tak ada. Dia keje. Malamnya pulak dia belikan aku sate. Pas tue dapat surprise present daripada asben aku. Thankssss....
1 comment:
nnt akk dtg melaka , jgn lupe wat kek buatan sdiri ye.. nk merasa jgk
Post a Comment