Sekarang nie masa amat mencemburui aku. Nak update blog pun tak sempat. Bila kat ofis sibuk dengan kerja dan kekadang buat-buat sibuk. Bila kat rumah pulak sibuk dengan anak-anak dan juga sibuk di dapur. Macam ler aku sibuk bebenor.
Nie cerita minggu lepas. Oleh sebab hari nie boring yang amat aku updatelah blog kejap. Khamis lepas (31 Mei 2012) aku bersama-sama beberapa orang ofismate menghadiri kursus parenting di Hotel Permaisuri. Kursus bermula jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran. Hari tue aku tumpang Kak Rehan. Aku tak drive sebab malas. Boleh tak macma tue?Bukan malas nak drive malas nak pikir parking. Aku nie bukan pro lagi. Kang terkial-kial mencari parking. Dah ada orang nak tumpangkan aku adalah lebih baik aku pergi dengan kawan.
Ini dia name tag kursus yang dianjurkan oleh LPPKN.
Inilah tempat kami berkursus. Aku dan yang lain masuk Kelas 1. Kami dipecahkan kepada 3 kelas.
Inilah sebahagian ofismate aku. Dari kiri Kak Sham, Kak Yatt dan Mia.
Yang sebelah kiri nielah Kak Rehan dan Kak Mima.
Aku pun nak gak bergambar. Tengoklah yang mamat berdua tue. Itu pun officemate aku.
Ini masa tengah buat kerja berkumpulan Satu Badan Banyak Topi.
Ini presentation daripada group pertama.
Yang ini daripada group aku.
Inilah topi kumpulan kami.
Ini pulak sesi untuk penyampaian sijil.
Sabar menunggu dengan ucapan yang panjang berjela.
Ini semasa penyampaian sedang berlangung. Kak Rehan wakil dari JKM untuk ambil sijil di depan. Apa-apa pun kursus parenting nie memang sangat menarik dan enjoylah. Dapatlah hilang stress hari tue. :D
1 comment:
aida suka kalu kursus anjuran lppkn. pasal famili / anak-anak :)
Post a Comment