Thursday, October 6, 2011

~Kata-kata Semangat Daripada Adriana Buat Mama~

Salam...

Hari ini khamis, 6 Oktober 2011.  Kali nie entry tidak mempunyai sebarang gambar kerana ia berlaku dalam keadaan yang spontan.  Kiranya macam motivasi untuk memberi mamanya bersemangatlah.  Kata-kata semangat daripada seorang anak yang berusia 3 tahun 9 bulan.

Pagi tadi kita orang bersiap-siap untuk pergi kerja.  Aku dah kejutkan adriana dan dukung dia ke dalam kereta.  Memang peelnya macam tue tiap pagi nak dukung ke kereta.  Kebetulan hari ini jiran sebelah pun keluar jugak nak ke kerja.  Jiran aku tue, isterinya memang drive sebab asbennya kadang kerja luar.  So, tadi kakak tue keluar awal sebab anak-anaknya asben dia anta.

Aku pun masuklah ke dalam kereta setelah selesai mengunci pintu dan gate rumah.  Alih-alih nie yang dicakapkan oleh adriana.

Adriana : Tadi nana nampak kawan.  Ibu dia bawak kete.
Mama  : Oh iye..
Adriana  :  Mama, xnak bawak kete.  Kenapalah takut nak bawak.
Mama  :  Nak suruh mama bawak kete nak pegi mana?
Adriana  :  Kita pegi jalan-jalanlah..
Mama  :  Diam sahaja tanpa berkata apa-apa...

Aku kira anak aku sedang memberi aku kata-kata semangat kepadaku walaupun semangat itu tidak datang.  Hehehe.  Adriana sedang memberi kata-kata semnagat di pagi hari.  Bila aku fikirkan mungkin adriana pun fikir kenapalah mama dia takut sangat nak drive kan.  Pernah jugak adriana jawab macam nie bila aku kata

Mama : Mama takutlah nak bawak kete. 
Adriana : Jangan takut, nana kan ada.

Anak oh anak.  Teringat-ingat pulak akan cakapnya pagi tadi.  Apa-apa pun terima kasih buat anak mama dengan kata-kata semangat itu.  Insyallah....

1 comment:

Mama alya said...

Hahaha...nana..nana...Go mama goooo...