Thursday, October 20, 2011

~Budak Yang Sedang Demam~

Semalam baru cerita susah hati kalau mereka tidak sihat.  Hari ini aku terpaksa amik el memandangkan keadaan adriana yang masih tidak sihat.  Masih demam lagi.  Bila dah lembik bagi makan ubat pun dia tak nak.  Dia luakkan balik ubat itu.  Sabar jealah.  Sampai satu tahap papa dia yang hilang sabar.

Malam tadi, ammar pulak muntah.  Setakat nie ammar tak demam.  Cuma selsema dan batuk jea.  Harap-harap si boy nie tak demamlah.  Jadi hari ini aku kenalah amik cuti untuk menjaga mereka di rumah.  Sebab kalau hantar kat mak aku mesti adriana merengek.  Daripada aku dok susah hati di tempat kerja adalah lebih baik aku bercuti dan duduk bersama mereka.


Inilah rupa budak yang sedang demam.  Kalau sihat memang tak reti duduk diam.  Mak aku kata bila demam baru nampak nana duduk diam.  :-)  Kesian bila tengok dia lembik macam nie.  Petang nie aku dan asben nak bawak dia orang ke klinik.  Harap-harap mereka cepat sembuh.

Nota>>>>Saat aku menulis adriana sedang tidur. 

3 comments:

Fiza Rahman said...

ALa kesiannya. Get well soon to both of them. Memang susah hati bila nak tak sihat nih.

eija_sweetmama said...

ciannya..moga cepat sembuh ye..

AMIIZAA@Mieja said...

kesiannya tgk nana demam.....auntie tgk, auntie yg sebak...cepat baik ye nana...kena mandi kerap bg panas dalam keluar:)