Salam pagi jumaat..
Berusaha gigih untuk cuba menghabiskan jugak cerita di Kelantan. Kisah di Kelantan haruslah ada di sini untuk dijadikan kenangan buat diriku dan anak-anak pabila besar nanti. Hehehe..Nanti ammar tahulah yang dia sudah sampai ke Kelantan masa berusia 6 bulan.
Bila dah banyak sangat gambar jadi banyaklah amik masa untuk memilih gambar-gambar yang menarik. Rasa macam nak upload semua tapi banyak bebenor. Idakler larat aku nak menunggu diupload gambar-gambar tue.
Sambung balik cerita aku nie...Petangnya pulak kami ke rumah mak cik sebab dua pupu aka kupu-kupu aku nikah selepas sembahyang jumaat. Katanya dalm pukul 3 petang. Alih-alih ditunda sebab mak andam tak sampai lagi sebab kereta mak andam rosak kat mana ntah. Aku pun tak tahu. Jadinya dia orang nikah pukul 5 petang.
Ok..jom tengok gambar.
Inilah rumah makcik aku. Yang ada orang berbaju biru.Ini pulak mak cik aku. Dari Melaka jugak. Masa nie dia orang baru sampai.
Senyum!!!
Nasiblah ada orang yang sudi menjaga ammar. Kipaskan ammar. Belajar dari sekarang hokey...
Aku bergambar bersama dia. :-) Aku suka gambar nie. Adriana yang snap pic papa dan mama. Tq sayang.
Kami dah sampai di masjid. Menunggu pengantin.
Bergambar dulu yea adik-adik..
Inilah pengantinnya, aku panggil Kak Zila
Pengantin bersama makciknya.
Kami bertiga.
Selesai nikah kami ke Pantai Cahaya Bulan. Saje jalan-jalan melihat pemandangan yang indah.
Aku dan adik ipar
Mak dan ayak aku duduk. Kepenatan tue.
Dua beranak berbaju oren..
Mama dan adriana.
Kami berempat..
Pose daripada mama dan papa..I like!!
Atok dan ammar...
Sebelum nak balik, berlakulah kejadian yang tidak diinginkan. Tayar kereta terbenam kat pasir-pasir tue. tak leh nak kuar. Terpaksa mintak tolong orang ramai tolakkan. Tapi masih tak boleh jugak.
Inilah keadaannya. Akhirnya kenalah korek sikit pasir-pasir tue. Nasiblah ada yang sudi membantu. kami pun pulang ke hotel untuk bersiap-siap. Malam tue kami ke Wakaf Che Yeh. Tapi maaflah non ado gambar. Memang tak teringat langsung pasal nak amik gambar. Sebab terlampau ramai orang. Dok sibuk bergambar ada pulak anak hilang. Aku pulak dukung ammar. Papa dengan adriana. Adik aku pulak cari barang yang nak dibelinya. Itu pun gilir-gilir dengan asben dukung ammar sebab lenguh tangan aku. Kita orang terlupa bawak carrier sebab naik keta adik aku.
Settle di Wakaf Che Yeh, masing-masing dah berjinjit sorang satu beg kita orang baliklah. Dah tak larat badan nie. Pada hal memang ada lagi macam nak cari barang.
Note>>Dari pagi karang entry nie baru sekarang siap...settle..Selamat Membaca!!!:-)
No comments:
Post a Comment