Salam...
Kembali untuk menyambung cerita dan berkongsi gambar-gambar di sini. Masih lagi mengisahkan 1 Syawal aku dan family. Oleh sebab aku hanya berjalan raya pada hari raya pertama jea maka haruslah aku perbanyakkan gambarnya dan perbanyakkan cerita pasal raya. Orang lain cerita sampai berapa syawal pi jalan raya. Aku non ado. Kalau ada pun hanya gambar di rumah. Itu pun bergambar sebab tetamu datang ke rumah.
Jom sambung cerita yang membosankan nie. Zzzzzzz. :-) Ok berbalik kepada cerita asal, lepas dari rumah mak long, aku balik rumah mil. Tapi gambar non ado. Sebab kat sana memangler tak dan nak bergambar-gambar nie. Dari rumah mil kami ke rumah biras aku. Dekat jea dari rumah mil aku. Kali nie semua ada. Cukup korum!! Along tak balik ke johor sebab kak long nak bersalin. Tunggu hari jea.
Lepas dari rumah biras aku haruslah balik rumah mak aku pulak. Belum balik lagi. Malamnya pulak kami akan ke rumah nenek aku belah ayah. Memang setiap tahun macam nie rutinnya. Kampung semua dekat-dekat.
Sesampainya aku ke rumah mak aku, kakak sepupu aku and family pun sampai. Mak long aku pun ikut sekali untuk berjalan raya. Lagiler gamat kalau family dia orang datang.
Kakak sepupu aku dan anak-anaknya termasuk anak aku
Adriana dan Kakak Iqah
Sedang menjamu selera
anak sapeler yang haus sangat tue???mana mak budak nie??mak dia sibuk mengambil gambar. :-)
Oh..pujaan hatiku..
Tak hagak-hagak mamanya berbual-bual..Sapelah yang snap picture nie???adik aku!!!
Kami bergambar beramai-ramai..Bukan senang nak berkumpul beramai-ramai
Bergambar lagi. Kali nie family kakak sepupu dengan adik aku
Kesian ammar. Terpaksa redha dengan mamanya.
Sesi memberi duit raya. Posing sikit!!!
Malamnya ke rumah nenek pula. Sampai jea terus makan. Mak cik aku dah siapkan makanan.
Aku dan nenek aku. Kurusnya nenek aku. Ayah dan asben pun sekali.
Dengan my nenek lagi
Kali nie adriana pun nak bergambar dengan moyangnya sekali.
Kami berempat lagi.
Sedang menonton tv. Cite apa ntah time nie. Napelah aku cam gitu. Buruk bebenor rupanya.
Last picture untuk entry ini gambar adik aku dan isterinya. Bini dia ngandung tapi macam perut adik aku pulak yang buncit. Kahhhh. Jangan mare yea bro!!!
Dari rumah nenek aku pi rumah makcik aku. Dekat jugak dari rumah nenek. Lepak-lepak kat sana then kita orang pun pulang ke rumah masing-masing. Aku balik rumah akuler. Tahun lepas balik rumah mak aku. Tahun nie macam lain pulak. Balik awal sebab esoknya mil, ipar-duai, biras beras mahu datang ke rumah. Haruslah prepare something kan...Apakah??
Note>>Next entry 2 Syawal hanya di rumah menyambut tetamu jea. Raya yang sangat sempoi dan raya kali nie banyak berehat di rumah saje.
2 comments:
meriahnyer raya.....
lya,biasa-bisa jea raya tahun nie...
Post a Comment