Salam pada semua.
Hari ini hari isnin. Hari isnin adalah hari lemauku, hari mood ke laut, hari mood ke gunung daik bercabang dua bla bla bla. Ops..ayat tak boleh blah. Sangat-sangat mengantuk. Rasanya dah berpuluh kali aku menguap. Kalau disorong bantal mahu lelap dan dibuai mimpi yang indah-indah. :-)
Oklah, kugagahkan diriku jugak untuk menaip di sini untuk menceritakan kisah aku dan family di Kelantan. Hari terakhir kami di sana. Lepas nie 4 tahun lagi insyallah barulah sampai kalau ada sesiapa nak kawin lagi.
Pagi sabtu tue (17 sept) kami semua dah siap awal-awal. Memang cadang nak check out awal sebab kami nak singah Pasar Payang di Terengganu pulak. Siap packing semua tunggu di bawah yea...
Jom tengok gambar lagi..(jangan bosan kepada para pembaca)
Sebelum check out kita bergambar dulu yea. Penat jea bawak mr tripod kalau tak bergambar beramai-ramai..
My small family.
Ammar dan bibiknya..Pipi ammar merah macam pakai blusher jea.
My parents...
Aku dan asben di kaunter menguruskan untuk check out.
My adiks..adik ipar adik jugak kan??
Kami tiba di rumah mak cik. Masa tue semua relax-relax jea. Kalau kat tempat kita orang udah kelam kabut. Majlis buat di dewan. Kat dewan pun non ado orang/tetamu.
Jurugambar kami adalah si kecik adriana..Nasib cantik gambar mama kamu ambil yea nak...:-)
Adriana dan moyang sedaranya..
Nie gambar baru adik aku yang ambil..
Kami bergambar bersama nenek sedara aku.
Setibanya kami di dewan. Masih lenggang. Macam ini majlis perkahwinan di sana kot. Mak dan mak cik ku yang dari Melaka jugak.
Kita orang duduk dulu.
Termenung ke apa ke budak sorang nie???Pose tak menahan.
Dalam susana yang panas nie pun si boy nie boleh tidur. Mengantuk bangun awal pagi.
Pengantin tiba pukul 12 rasanya. Aku tak perasan jam berapa pengantin tiba.
Si model kipas...
Pihak orang sebelah, ramai gak..
Pengantin diarak menuju ke pelamin.
Bersanding di atas pelamin.
Papa dukung ammar sementara mama pi makan dengan kakak.
Bergilir-gilirlah orang menjaga si kecik nie.
Sebelum kami bergerak pulang, haruslah bergambar bersama-sama pengantin yea.
Kemudian kami pulang menuju ke Kuala Terengganu untuk singgah di Pasar Payang. aku tanya kawan aku pasar tutup pukul 6 petang. Jadi kena sampai awal di sana yea. takut tak sempat nak membeli belah apa yang patut.
Sekian...
No comments:
Post a Comment