Salam Khamis!!
Pejam celik sekejap jea ammar sudah menjangkau ke 1 bulan. Rutin harian aku semakin sibuk menguruskan 2 orang anak kecil ini. Masa 24 jam seperti tidak mencukupi.
Seperti biasalah aku selalu lambat untuk postkan entry yang berlaku pada hari kejadian. Terlampau banyak komitmen. Macamlah aku seorang yang ada anak kan?Orang lain boleh jea update blog hari-hari. Kata blogger tegar. Apa-apa pun aku tetap mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog aku nie walaupun banyak sangat halangannya.
Aku masih berpantang 32 hari. Tinggal 12 hari lagi genap 44 hari untuk aku habiskan sesi berpantang ini. Seksanya nak tunggu sampai 44 hari. Berbalik kepada tajuk di atas, isnin lepas 21/3/11 bawak dua orang budak kecik ini Adriana dan Ammar ke klinik.
Adriana checkup bulanan untuk 3 tahun dan kena minum ubat cacing. Ammar pula checkup untuk sebulan dan kena injection sekali. Memang lamalah kami di klinik kebetulan hari isnin. Memang ramai sangat orang.
Untuk Adriana hari tue makan ubat cacing, timbang berat cuma 12.5kg dan seperti biasa nasihat-nasihat daripada nurse. Untuk Ammar pula timbang berat 4kg, ukur panjag 52cm, ukur lilitan kepala 36cm dan kena inject Hepatitis B Dos 2. Untuk Mama pula timbang berat 53kg (turun yea) :-), tekanan darah 100/60, cek air kencing OK dan HB 12.4.
Lepas tue kena jumpa doktor pula untuk cek aku dan Ammar. Semuanya ok. Settle semua di klinik dalam pukul 1.00 tengahari.
Inilah dua orang permata hati aku. Adriana yang sangat manja dan inginkan perhatian. Ammar yang sangat cool dan menangis bila nak susu dan waktu mandi jea. Sangat takut pada air. Kadang-kadang buat aku ingin lari dari rumah. hehehe. Apa-apa pun mama sayang kamu berdua.
Nota Mama>>Seronok punyai dua orang anak sekarang walaupun kekadang diri ini amat penat. Nasib si adik tersangatlah baik. Si kakak yang lebih banyak ragam daripada adiknya. Aku perlu banyak bersabar melayan karenah si kakak.
1 comment:
comel anak2 u.....semoga keduanyer membesar sihat dan lembut hati...
Post a Comment