Cerita kesinambungan daripada entry ini...pasal kandungan aku yang songsang. seperti temujanji 14/02/11 aku kena refer klinik O&G mengenai kandungan aku. seperti yang tidak aku sangka aku disuruh masuk wad atas sebab-sebab baby aku breech dan tali pusatnya di bawah. doktor takut aku sakit or pecah air ketuban di rumah. takut tali pusat turun dulu yang boleh membahayakan baby aku.
so macam menyerah diri jealah masuk wad. aku pergi klinik O&G pagi tue dan petangnya aku kena masuk wad. redhalah nak buat macam mana kan...
bila dah masuk hospital semua serba tak kena..aku risau kalau baby aku tak pusing nampak gaya macam kena operate jea. semua orang aku tanya, sms pada kawan-kawan yang pernah operate nie. aku nie jenis penakut. kalau dah duduk hospital orang sihat pun boleh jadi sakit. kejap2 doktor datang cek, nurse datang amik tekanan darah, cek jantung bb.
lepas tue aku asyik kena scan nak tengok kedudukan baby macam mana. aku masuk hospital ari isnin. hari selasa scan kedudukan baby masih tidak berubah. setiap malam, setiap saat aku berdoa agar baby aku pusinglah ke bawah..memang aku tersangatlah risau.
hari rabu tak silap sebelah petang doktor pakar datang dia cek kata kepala baby da pusing ke bawah. start dari tue dok bercakap dengan baby jangan pusing-pusing lagi. doktor kata kena pantau 48 jam. maknanya 2 hari lagi kena duduk hospital. kalau baby tak pusing aku boleh keluar wad. yeah aku boleh balik jumpa adriana. duduk kat hospital aku asyik dok bergenang air mata terpikirkan adriana kat rumah. aku masuk hospital dia pun demam. kesian dia...
hari jumaat tue, seperti biasa doktor pakar datang cek aku lagi. kes aku nie doktor panggil 'unstable lie'. doktor kata baby aku sudah berada di kedudukannya. gembiranya hati aku...so, doktor kata tengahari tue aku da boleh balik rumah. happy yang amat sangat...memang dalam pikiran isnin tue aku boleh pi kerja nak siapkan kerja-kerja aku.
Note>>5 hari aku duduk hospital....memang aku disuruh rehat2
Note 2>>Lepas nie kisah aku masuk hospital balik....
2 comments:
nak tunggu next story.. pengalaman bersalin kali nie pulaks.. hehe
take k ye..
moge ibu n baby dlm peyot sht2 jek...amin
Post a Comment