Assalamualaikum.
Salam sehati sejiwa. Bismillah.
Pagi semua. Minggu ini minggu akhir anak-anak bersekolah. Terasa kejap saja anak-anak sudah sampai ke penghujung sesi persekolahan untuk tahun ini. Saat anak-anak berganjaknya ke darjah yang baru, bermakna anak-anak semakin membesar. Maknya pula semakin bertambah usianya. Terasa diri makin tua.
Iye, terasa tua.
Bila usia meningkat, jangan pula cepat terasa. Biasalah bila sudah tua, hormon pun makin huru-hara. Mana tahu sensitif memanjang. Sekarang kena belajar banyak diamkan diri. Itu juga salah satu cara pujuk diri. Berdiam itu lebih menenangkan.
Belajar pujuk diri sendiri.
Kalau bukan kita yang pujuk diri sendiri. Siapa lagi?
Jangan mengharapkan orang nak pujuk kita. Jangan pula kita terhegeh-hegeh pula mengharapkan orang pujuk kita. Tak ada makna.
Dan ini cara aku pujuk diri sendiri. Dengan menulis.
Menulis ibarat terapi buat diri sendiri dan secara tak langsung aku pujuk diri aku sendiri. Aku harap kau orang juga mampu pujuk diri sendiri.
Sebab apa?
Sebab akan ada masanya kau hanya ada diri sendiri sahaja.
Salam pena,
Fyda Adim
Monday, November 21, 2016
Sunday, November 20, 2016
Berempat Di Crsytal Bay
Assalamualaikum.
Salam sehati sejiwa. Bismillah.
Selamat malam. Kalau sehari itu ada entri sampai ke malam hari, itu maknanya entri schedule. Aku belum sampai tahap kerajinan nak update blog setiap kalinya. Maka minggu ini akan ada beberapa entri schedule sebab aku dah tulis beberapa entri yang akan mewarnai blog ini. Mewarnai sangat. Tidaklah blog ini sunyi sepi. Nampak bersawang dan jelas menunjukkan penulisnya pemalas. Hehehe.
Jumaat yang lalu, asben bawa kami makan ikan bakar di Crystal Bay. Kita orang kalau nak makan ikan bakar mesti ke Crystal Bay. Tak tahu tukar tempat yang lain. Ke Muara Duyung ke, ke Parameswara ke. Tidak pernah lagi kalau berempat. Kalau makan dengan kumpulan, pernahlah.
Memandangkan aku kurang darah, sejak yang tak sihat tu memang teringin benar nak makan kerang rebus. Jadi tunggu laki bawaklah. Jumaat hari tu barulah berkesempatan nak ke sana.
Seperti biasa gerai pertama Alaa Kassim yang menjadi pilihan. Belum pernah cuba gerai lain.
Malam itu tak berapa ramai orang. Jadi cepatlah pesanan tiba di meja.
Kerang rebus untuk aku dan kegemaran si kakak.
Menu lain malam itu, ketam black pepper, udang sweet sour, sotong goreng tepung dan pari bakar.
Papa dan Ammar.
Mama dan kakak bergambar sebelum keluar. Si Adriana sibuk nak bergambar. Tak sempat-sempat. Layankanlah si anak dara yang satu ini. Kalau tak diikutkan, merajuk pula. Waktu-waktu begini sahaja masa untuk kami berempat. Gunakanlah sepenuhnya dan sebaik mungkin. Sekian dan wassalam.

Bertiga Berjimba
Assalamualaikum.
Ahad lepas, aku keluar dengan anak-anak sahaja. Seperti biasa asben kerja. Bila bertiga, mulalah memikirkan tempat mahu melepak yang paling senang untuk kami pergi. Sebaik anak-anak bangun pagi tu, aku terus suruh mereka bersiap.
Masa tu terfikir nak ke McD sahaja untuk drive-thru. Pasal malas masak. Tapi bila fikir-fikir balik, adalah baiknya aku ke Aeon sahaja. Boleh makan di food court dan kemudian bolehlah melangkah jauh sikit dalam shopping.
Dari rumah aku memang terfikir nak ke Popular aje. Ada buku yang mahu aku beli. Macam biasalah kan kalau ada buku yang nak beli, selagi tak dapat selagi tu hati tak senang. Penyakit betul.
Menu aku seperti biasa. Set teppayanki. Nasiblah gerai tu tak ramai orang. Tak adalah aku menunggu lama untuk dapatkan pesanan aku.
Nasi ayam sorang satu supaya tidak bercekau ketika makan. Beli satu nanti berebut.
Cik kak ni kalau beli satu untuk dia memang tidak pernah habis.
Kalau mamat ni memang tak risau. Dia memang pemakan. Kau hadapkanlah dia apa pun mesti dia makan. Kalau kongsi dengan kakak memang dia tak cukup.

Kami bertiga. Lepas makan, kami pergi Popular. Aku terus dapatkan buku-buku yang aku cari. Dapatlah tiga buah buku. Anak-anak pun beli buku untuk dia orang.
Inilah buku-buku yang aku beli ahad lepas. Buku 'Be Strong' memang sangat menarik. Hasil karya Bonda Nor. Novel-novel tu seperti biasa menunggu giliran untuk aku baca. Kena tunggu mood baru boleh melayan. Sekarang belum boleh memandangkan sedang sibuk dengan tugas yang lain.
Salam pena,
Fyda Adim
Muncul Dengan Entri Lama
Assalamualaikum.
Selamat pagi. Ini entri sudah lama tersimpan dalam draf. Memang nak tulis entri ini tapi sebab kesihatan tidak mengizinkan, makanya tersimpanlah beberapa minggu di dalam draf. Sakit mata pula tengok banyak entri-entri yang tertangguh.
Ini kisah sabtu beberapa minggu lepas sewaktu mengikut asben menghadiri jemputan perkahwinan di Wisma Kastam Ayer Keroh. Masa sedang bersiap hujan turun lebat, jadi kena keluar lambat sikit. Agak dekat nak jam 2.00 petang baru keluar.
Di perkarangan luar dewan.
Aku sempat menjengah ke dalam dewan.
Permandangan di kawasan khemah.
.
Aku dan anak-anak. Tengoklah gaya Ammar bergambar. Macam-macam aksi. Nasib mak kau bukan berkebaya bagai. Kalau tidak entah apa rupa.
Malamnya ajak asben makan nasi lemak ayam kat mamak.
Kemudian pergi keringkan baju.
Malam tu aku melayan drama Suri Hati Mr Pilot sambil lipat baju. Nasib masih lagi ingat apa yang aku buat dengan cerita ini. Selalunya aku kalau tengok drama kat ipad memang tak ada kerja lain yang aku buat iaitu lipat baju.
Sekian saja untuk sesi mencari mood untuk menulis entri seterusnya. Semoga sentiasa ada kerajinan dalam diri untuk hari ini, esok dan selamanya. Tengoklah selama mana boleh bertahan.

Friday, November 18, 2016
Manusia Tetap Manusia
Assalamualaikum.
Salam jumaat. Pembuka bicara pagi ini untuk blog yang suam-suam kuku. Semangat nak menulis tu masih menari-nari dalam diri. Tetapi kekangan masa membuatkan semangat itu mengendur dan terkendur.
Biasalah manusia kan.
Untuk sempurna semua perkara dalam satu masa adalah mustahil.
Manusia tetap manusia.
Manusia itu lemah.
Yang Maha Sempurna cuma satu.
Allah.
Berbuat silap mohonlah kemaafan dan keampunan.
Moga tidak diulang kesilapan lalu.
Mohon agar hati tidak berbolak-balik untuk melakukan kesilapan lalu.
Maka, sesiapa yang ada berbuat kesilapan lalu bersungguh memohon kemaafan, pasti akan kuhulurkan.
Tidak ada alasan untuk aku menolak.
Tidak ada alasan untuk aku tidak memaafkan.
Manalah tahu.
Satu hari nanti aku pula yang memerlukan kemaafan.
Sebab apa?
Kerana aku benar-benar tahu.
Sungguh tidak ada sesiapa yang sempurna.
Tidak ada.
Tidak aku.
Tidak engkau.
Dan tidak mereka.
Kerana manusia tetap manusia.
Salam kemaafan,
Fyda Adim
Monday, November 14, 2016
Aku, Kurang Darah Dan Ubat Tambah Darah
Assalamualaikum.
Salam sehati sejiwa. Bismillah.
Pagi semua. Berpagi-pagian seperti biasa melakukan tugas hakiki yang berbaki lebih kurang sembilan hari saja lagi. Kemudian berehat sebulan daripada menjadi supir segala supir.
Tak adalah nak terkejar-kejar mengadap kesesakan lalulintas. Aku hanya siapkan diri nak pergi kerja aje.
Kalau tak kerja lagi seronok kan. Boleh bersantai dengan anak-anak kat rumah. Mulalah sindrom tak bersyukur datang.
Wajahku setelah enam hari melepek di atas katil. Enam hari ye. Tak serupa orang rasanya masa tu. Nak membelek wajah pun tak terdaya. Jerawat nak keluar berapa ketul pun, aku tak kisah. Dah sihat ni baru perasan ada bapak jerawat yang menghiasi wajah. Baru daya nak membelek.
Spekulasi ubat ini masa aku up kat insta. Orang ingat aku mengandung. Orang mengandung je ke yang makan ubat macam ni?
Penat mak nak menjawab.
"Saya tak mengandung."
Sambil tersenyum simpul. Kalau boleh disimpulkan lagi senyuman tu untuk orang faham yang aku tak mengandung.
Even aku tulis status macam ni pun orang boleh spekulasikan kata aku mengandung.
"Kadangkala pilihan terbaik adalah untuk menerima."
Itu status dari buku yang aku baca. Begitulah persepsi masyarakat sekeliling. Selagi nak bertanya tu maksudnya ada yang masih prihatinkan kita. Jangan tanya masa aku dah menopous nanti bukan setakat senyum simpul lagi. Aku sedekahkan buku lima. Kah.
Garang nau.
Itulah rentetan aku, kurang darah dan ubat tambah darah.
Jangan ada yang tanya lagi. Amaran ni. Bayangkan muka ketat aku.
Salam pena,
Fyda Adim
Koleksi Entri
Bicara Dari Hatiku
Subscribe to:
Posts (Atom)