Saturday, December 24, 2011

~Hari Ini Aku Bertugas~

Hari ini aku bertugas menjaga bilik gerakan bencana JKMN Melaka.  Waktu bertugas aku dari pukul 3 petang sampai 11 malam.  Ada tiga sesi 7 pagi hingga 3 petang, 3 petang hingga 11 malam dan 11 malam hingga 7 pagi.  Setiap sesi ada 2 orang yang bertugas.  Kami kena memantau aras air sungai di portal banjir dan melaporkan ke daerah jika paras air di portal banjir melepasi tahap berjaga-jaga.  Kejap lagi sudah pukul 11 malam.  Aku sudah mahu pulang.

Sesiapa yang nak info mengenai banjir boleh lihat di SINI.

~Our 5th Anniversary Celebration~

Mana kita orang celebrate untuk anniversary kali nie?Tak ada pegi mana tempat menarik pun.  Asben bawak pegi makan dan beli barang apa yang aku nak.  Asben aku memang macam nie.  Akan bawak aku beli sekali sebab dia kata kalau dia beli takut aku tak suka.  Hadiah anniversary?Rahsia.  :-)

Asben tanya aku nak makan kat mana?Aku memang peminat pizza.  Apa lagi makan kat Pizza Hut.  Kali nie kita orang makan dekat pizza Jusco Bandaraya.  Celebration kali nie kami berempat yea.  Tahun lepas celebrate ammar masih di dalam perut mama. Tahun lepas kita orang celebrate makan ikan bakar.

Mari kita sama-sama melayan gambar.  Gambar tak banyak sebab lebih fokus untuk makan.  Hikhikhik..

Papa sedang tengok menu untuk order makanan.

Budak kecik nie duduk diam-diam dalam nie saje.

Adriana dengan aksinya bila disuruh bergambar.

Inilah makanan yang kami order pada malam tue.

Papa layan adriana makan.

Kali nie order chicken wing.  Ais krim tue untuk adriana.  Papa order kids meal untuk nana.

Last sekali sebelum pulang adriana bergambar dengan mama.  Mama nak jugak ada gambar kan.  Memang tersangatlah kenyang malam tue.  Terima kasih pada asben sebab meraikan anniversary day kita.  Sekian.


Friday, December 23, 2011

~BE Dari Nuffnang~

Bila baca kat blog orang lain semua sibuk bercerita tentang BE dari Nuffnang nie.  Pada mulanya aku memang tak tahu apa itu BE.  Ada gak tanya pada blogger lain macam mana caranya nak dapatkan BE tapi tak pernah terfikir nak cek akaun nuffnang samada ada dapat BE atau tak.

Semalam terasa nak tengok akaun nuffnang.  Oh duit dalam akaun nuffnang sangat pantas pertambahannya.  Bolehlah cash out lepas nie.  Lepas tue cek pasal BE, rupanya ada jugak BE dari Nuffnang buat aku.  Oklah tue daripada tak ada kan.  Bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya kepada kita.  Sesiapa yang nak tahu pasal BE dari Nuffnang bolehlah baca di SINI.  Sampai sini dulu.  Nanti sambung lagi. :-)

Thursday, December 22, 2011

~Our 5th Anniversary~

Lima tahun yang lepas, pada tarikh hari ini kami telah aku dan asben telah dinikahkan di Masjid Al-Azim, Melaka.  Syukur alhamdulillah, hari ini 22 Disember 2011 genap 5 tahun kami bersama sebagai asben and wife.  Perkahwinan yang baru berusia setahun jagung ini banyak yang perlu dipelajari untuk membina sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.  Alhamdulillah, perkahwinan kami yang berusia 5 tahun ini telah diserikan dengan kehadiran 2 orang cahaya mata yang bernama Nur Adriana Qistina dan Muhammad Ammar Qayyum.

Dalam entry ini aku postkan gambar semasa kami dinikahkan untuk mengimbas kembali  kisah 5 tahun dulu buat tatapan aku dan asben.  Aku pernah ceritakan kejadian yang berlaku semasa hari pernikahan kami.  Masa tue banjir besar tahun 2006.  Cerita mengenai anniversary aku  yang lepas ada di SINI.  Jom layan gambar kami.

Semasa tandatangan setuju.  

Saat-saat yang paling menggentarkan asben.  Dengan dua kali lafaz kami selamat diijabkabulkan.

Pemberian mas kahwin.

Upacara membatalkan air sembahyang.  Masa nie sarung cincin.

Kemudian pakaikan gelang tangan pulak. 

Alhamdulillah.  Setelah bergelar suami isteri.

Bergambar di pelamin sebelum majlis berinai untuk sebelah malam.  Gambar yang lain boleh dilihat di SINI dan SINI.  Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tuesday, December 20, 2011

~Sakit Tekak dan Hilang Suara~

Gambar sebagai hiasan.  Ehsan dari google

Tiga hari blog ini sunyi tanpa sebarang cerita.  Banyak benda nak cerita tapi mood nak menulis tak ada.  Bila kat office internet sangat slow.  Sabtu ahad aku tidak ada apa yang menarik sebab badan masih tidak sihat.  Bila tidak sihat ada pulak pertanyaan yang pelik-pelik keluar.  Mengandung ke? Asal tak sihat mengandung, asal mengandung jea mesti tak sihat. :-) 

Hari tue mula-mula demam, bila dah kena demam datang pulak selsema .  Lepas tue sakit tekak dan sekarang hilang suara.  Aku rasa suara aku macam pembesar suara yang rosak.  Kejap besar suaranya, kejap tak keluar suara.

So, semalam aku mula hilang suara.  Jadinya bila di office kuranglah bercakap.  Bukan kurang bercakap memang tak ada nafsu nak bercakap.  Bila dah kena sakit satu pakej dapat.  Tapi kena jugak datang office sebab nak kena settle pasal SBPA nie.  Haduiiiyaiii..Suka atau tak terpaksa juga hadap.  Oklah kejap lagi dah bunyi punch card.  Jumpa di entry yang lain.  Doakan aku supaya cepat sembuh yea kawan-kawan.


Friday, December 16, 2011

~Aku Geram~

Aku geram dengan budak sorang nie. Hehehe. Muhammad Ammar Qayyum my hero. Hero kedua aku. Oklah nak pi amik adrianammar kat umah my mom.