Showing posts with label Bengkel Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Penulisan. Show all posts

Friday, June 21, 2019

Bengkel Asas Penulisan Blog

Assalamualaikum.

Berita baik!
SYAHIDA HASSAN ENTERPRISE menganjurkan BENGKEL ASAS PENULISAN BLOG pada:

14 SEPTEMBER 2019

bertempat di:

BILIK SEMINAR SYFE MITC MELAKA

Bengkel selama satu hari ini diadakan bertujuan untuk melatih anda yang berminat untuk menceburi dunia blog tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakannya?

Bengkel ini akan membuka jalan untuk anda cara untuk membina blog anda sendiri.

Para peserta akan dibimbing oleh Puan Anys Idayu binti Zakaria yang merupakan seorang Guru Kelas Blog bawah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Di Rumah yang telah bermula sejak tahun 2013 hingga kini. Sudah hampir 400 orang pelajar yang dibimbing untuk membina blog sendiri.

Apa yang akan dipelajari :

📚 Create email
📚 Create google plus
📚 Create blogspot
📚 Masukkan gadget penting dalam blog seperti label, popular post
📚 PAGE
📚 Cara menulis entri
📚 Link FB ke blog

Belajar apa lagi ya?

Cara gunakan blog melalui phone.
Cara masukkan gambar ke blog.
Tip menulis konsisten di blog.
Cara jadualkan entri di blog.

1. Teknik menulis dalam blog - belajar cara tulis entri.

2. Cara susun ayat - menulis konsisten. Fokus tulis setiap hari. Fokus tarik pembaca dari fb ke blog. Cara share link blog ke fb.

3. Tajuk yang memikat pembaca - konsisten menulis entri dengan kata kunci yang betul melalui carian google.

4. Idea jana topik melalui analisa soalan sebelum mula menulis.


Yuran pelaburan hanya RM200 seorang. Bayaran termasuk nota dan makan tengah hari.

Sijil penyertaan juga disediakan. Ada e-book percuma yang akan diberikan juga.
Seronok, bukan?

Apa yang menariknya lagi, selepas tamatnya bengkel ini akan ada support group daripada penceramah itu sendiri. Berbaloi sangat!

Bagaimana hendak sertai bengkel ini?
Berikan nama kepada saya (Fyda Adim 0176741270) atau klik di sini:
http://bengkelblog.wasap.my/

Isi borang di sini:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenrWNFonnknYhDB4N_XJ3cdmiGhWQ5NMLaHcbA6kk4s-YIIA/viewform

Bagaimana cara bayaran?

Deposit RM50 perlu dibayar sebelum atau pada 31 Julai 2019. Baki yuran boleh dibayar sebelum
31 Ogos 2019.

Deposit ke akaun:

Maybank
Alfidah Adim
166010075796

Maklumat lanjut:
Nurul Syahida Hassan - ‪0107907388‬
Alfidah Adim - 0176741270

FB: www.facebook.com/SHETrainingService



Monday, December 17, 2018

Bengkel Penulisan Kisah Hidup Sri Diah

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Kembali bersiaran. Setelah 17 hari di bulan Disember, ini entri pertama untuk bulan ini. Gigihlah aku menulis malam tadi. Banyak cerita sebenarnya. Cerita fasal kepulangan mak long ke negeri abadi pun belum aku kongsikan di sini. Nantilah. Belum ada kekuatan nak bercerita. Tapi akan aku tuliskan juga di sini untuk dijadikan kenangan.

Baiklah, berbalik pada tajuk entri. Sabtu lepas aku menghadiri Bengkel Penulisan Kisah Hidup di bawah bimbingan penulis tersohor, Puan Sri Diah. Kiranya, ini kali kedua aku menghadiri bengkel penulisan. Tujuan utama memang untuk menambah pengetahuan dalam bidang penulisan. Kemudian aku mahu bercampur orang sebab aku kan susah bercampur orang. Orang katalah. Bukan aku kata. Aku okey je campur ke tidak. Hahaha. Jadi mahulah menambah kawan baharu.

Kebetulan, ada kawan di kawasan kejiranan tag aku fasal bengkel ini. Aku pun terus hantar mesej pada beliau. Rupanya dia cikgu sekolah anak aku. Betapa kecilnya dunia ini. Bukan. Betapa kecilnya Melaka ini. Aku memang nak menyertai Bengkel Kisah Hidup Sri Diah tapi masa tu bengkel tersebut diadakan di Shah Alam. Aku tak dapatlah nak pergi. Memang rezeki sungguh bila bengkel ini diadakan di Melaka. Aku tak fikir apa memang terus daftar.

Sabtu lepas, terpaksa berkorban tinggalkan pak encik dan anakanda berdua untuk memberi ruang aku menuntut ilmu.

Selamat tiba di tempat bengkel dalam jam 8.00 pagi.

Di sinilah tempatnya aku berbengkel daripada pagi hingga ke petang.

 Sampai saja aku daftar dulu.

Kemudian kami disajikan hidangan untuk sarapan.

 Di suatu sudut ada meja menjual buku.

 Oleh sebab diberi keizinan untuk menjual, aku angkutlah buku-buku juga untuk dijual.

 Sesi berkenalan pada mulanya.

 Adalah beberapa pembuka bicara.

Kagum sangat dengan beliau.

 Ada lima modul yang disampaikan hari itu.

Sebelah aku ni doktor pakar sakit puan di Hospital Besar Melaka. Malam tu memang aku suarakan pada pak encik. 

"Bengkel esok ada doktorlah, pensyarahlah, cikgulah...Saya je kerani. Rasa segan pula." Luahku malam sebelum ke bengkel.

Sudahnya, doktor tu yang duduk di sebelahku. Lima belas minit pertama, aku membisu. 

Makan tengah hariku. Berbaloilah bayar mahal-mahal makanan pun memuaskan. Selera aje aku makan.

 Kemudian sambung sesi petang.

Doktor tu wakil kumpulan kita orang untuk presentation. Suruh aku cakap kat depan memang tidaklah.

Ini kawan aku bersama Puan Sri Diah. Sebenarnya aku kenal kawan aku ni daripada Myra Mokhtar. Kawan atas kawan. Bukan kawan makan kawan ya.

Aku dan Puan Sri Diah. Semoga aura Puan Sri sedikit sebanyak meresap dalam diri aku.

Sebahagian daripada kami.

Ini grup kita orang seramai 6 orang.

Majlis penyampaian sijil oleh Puan Sri Diah. Menarik sangat.


Kawan-kawan baharu aku hari itu. Ada yang sudah add friend di laman muka buku. Jika diizinkan Allah, kami akan ada buku secara berjemaah. Semoga dipermudahkan urusan kami semua. Buku kisah hidup yang mungkin boleh dijadikan bahan bacaan santai.

Sebelum pulang, aku sempat menandatangani buku-buku yang dibeli. Allahu, pertama kali nak sign depan orang boleh rasa tak nervous aku macam mana. Siap cari pen tak jumpa. Punyalah kalut.

Sekeping gambar bersama pembeli buku-buku aku. Ada lagi dua orang aku terlupa nak bergambar dengannya. Tak apalah. Semoga buku-buku ini memberi manfaat pada semua. Akhir kata, semoga bengkel ini akan memberi hasil yang berbaloi-baloi pada kami semua. Semoga impian kami akan tercapai. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim


Monday, January 16, 2017

Menghadiri Bengkel Penulisan Cerpen & Puisi

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang. Sudah makan tengahari? Aku sudah makan bekalan yang dibawa dari rumah. Sementara ada kerajinan nak masak baiklah aku masak. Bila datang malasnya satu apa pun takkan jadi. Ingatkan lepas makan mahu melelapkan mata sebarang dua tetapi terasa tak mengantuk pula. Selalu begitu kan. Bila masa tidur tidak mahu pula lelapnya.

Baiklah, aku nak kongsikan pengalaman aku menghadiri Bengkel Penulisan Cerpen & Puisi di Rumah Pena Kuala Lumpur sabtu lepas. Baik aku tulis entri ini sebelum auranya menghilang. Aku setuju untuk daftar bengkel ini bila mendapat keizinan daripada husband. Kawan blog aku, As Samsudin hantar whatsapp berkenaan bengkel ini. Dia tanya samada aku nak pergi atau tidak.

Jadi jumaat malam kami empat beranak bertolak ke Kuala Lumpur. Last minute plan. Sebenarnya husband nak bertolak sabtu pagi tapi bila kenangkan nanti kelam-kabut, baiklah bertolak malam. Senangkan. Aku pun boleh aje berjanji dengan kawan aku nanti untuk pergi sama-sama. Tiba di Kuala Lumpur tengahmalam dan terus check ini hotel berdekatan KL Sentral.

 Pagi sabtu, aku janji dengan As untuk berjumpa di lobi. Hotel kami berlainan tapi berdekatan. Bila berjumpa terus sahaja kami mengatur langkah menuju ke stesen monorel. Itu pun berposak mencari mana stesennya. Husband dan anak-anak masih lagi di hotel. Tengahari baru mereka check out.

 Selamat berada dalam monorel menuju ke Hang Tuah.

Barulah mampu tersenyum. Hehehe.

Permandangan dari dalam monorel. Kami turun di Stesen Hang Tuah kemudian ambil teksi untuk ke Rumah Pena.

 Inilah Rumah Pena. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini.


Sebelum masuk haruslah bergambar terlebih dahulu.

 Sewaktu di dalam dewan. Aku sudah mengambil tempat di bahagian tengah dewan.

Kami duduk berdua. Aku memang tak pernah jumpa dengan yang lain. Macam As dia adalah kenal juga dengan editor dan urusetia,

Fail yang aku dapat hari itu.

Ceramah dimulakan.

 Ceramah pertama oleh penulis SM Zakir berkenaan penulisan cerpen. Sangat menarik ceramahnya. Aku cuba menghadamkan satu-persatu apa yang disampaikan oleh beliau. Memang tidak membosankan.

Fokus sekali.

Suasana di dalam dewan.

Buku-buku yang dijual ketika itu.

 Ada juga makanan yang dijual.

 Tiba makan tengahari.

Waktu makanlah dapat berkenal-kenalan dengan yang lain.

Ini pula gambar dari handphone editor, Puan Liana Omar.

 Sebelum masuk sesi petang, bergambar dulu.

 Di bahagian luar Rumah Pena.

Ini pintu masuknya.

Gambar-gambar yang tersusun.

Sesi petang bersambung dengan penulisan puis pula oleh Zaen Kasturi.

Aku sediakan gula-gula kopi. Maklumlah sudah makan nasi takut mata makin memberat menjelang ke petang.

Di akhirnya, kata-kata daripada pengasas Chermin Books.

 Inilah orangnya, Puan Nor Liana Omar.

Penyampaian sijil oleh Encik Zaen Kasturi kepada semua peserta bengkel.

Sijil yang aku perolehi.

Beberapa buah buku yang aku beli. Buku "Sepi Itu Mati" dapat percuma daripada penulisnya. Beliau beri seorang satu.

Sebelum pulang kami sempat merakamkan gambar beramai-ramai. Kemudian aku dan As tumpang seorang kawan bengkel ke KL Sentral. Husband dan anak-anak tunggu aku di sana. Manakala As pula menaiki ETS untuk ke Cyberjaya.

Sewaktu di NU Sentral. Berposak juga berpusing-pusing dalam KL Sentral nak mencari replika ini. Husband beritahu ada ayam besar.

Akhirnya ketemu juga budak berdua ini setelah beberapa jam ditinggalkan. Macam-macam dialog dan drama daripada anak-anak aku.

"Ma, Ammar tak boleh kalau mama tak ada." Kata si adik.

"Ma, Nana kan tak pernah berpisah jauh dengan mama." sambung si kakak pula. Geli hati.

Inilah tulang belakang, tulang rusuk dan tulang pinggul aku. Terima kasih kerana menemankan aku sepanjang aku menghadiri bengkel tersebut. Pengalaman yang meneyeronokkan. Dapat menambah ilmu dan dapat menambah kenalan. Itu sahaja perkongsian menarik yang aku lalui. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim