Tuesday, September 17, 2019

Rumah Terbuka Syawal 1440

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat pagi.

Entri pertama untuk hari ini. Cerita lama yang sudah basi tapi sebab sudah tersimpan lama di folder draf aku karangkan juga entri ini sebagai kenangan. Ini antara kenangan yang manis dan paling gembira.

Memandangkan aku sudah bertukar keluar dari JKM, Syawal tempoh hari bagi menghilangkan rasa rindu pada kawan-kawan JKM aku adakan rumah terbuka. Rumah terbuka secara kecil-kecilan sahaja. Memang dikhaskan untuk warga JKM dan semestinya pada Bahagian Khidmat Pengurusan. Nak menjemput semua memang tidak di luar kemampuan. Jadi aku jemput kawan-kawan di bahagian yang pernah aku berkhidmat.

Rindu.

Betul orang kata, perpisahan itu memang menyedihkan tapi rindu itu paling menyakitkan. Itulah lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.

Baiklah, mari aku mulakan ceritanya.

Sempatlah buat sedikit persiapan. Adik yang printkan perhiasan ini.

Aku buat di JB, adik tolong print di Melaka.

Antara menu yang ada pulut serunding mak mentua.

Mee untuk mee rebus.

Kuah mee rebus.

Bahan-bahan mee rebus.


Nasi lemak.

Sambal nasi lemak.





Paru goreng sambal.

Popia goreng sambal.

Bubur durian.

Ketupat segera.

Rendang ayam mak.

Inilah menu yang ada masa tu.

Semuanya aku tempah. Tak ada masa nak masak sebab aku sampai khamis malam. Majlisnya jumaat.

Sagu gula melaka. Aku order sebab ada kawan JKM yang suka makan.

Aku sempat buat dadih aje.

Agar-agar mak.

Meja untuk pencuci mulut.

Mem besar sudah merasmikan dulu. Belah kanan, mak mentua. Yang mengadap ke dinding, mak aku. Yang belah kiri, bibik aku (makcik).

Para tetamu sudah sampai. Aku jemput masa makan tengah hari. Hari jumaat kan masa rehatnya panjang. 

Wajah-wajah mereka yang aku tatap selama bertahun-tahun. Ada yang lebih 10 tahun.




Ada yang makan kat beranda.

Ini pula, suaminya satu JKM dengan aku dulu. Kami berkawan lepas sesi pinjam meminjam novel. Kemudian bercuti ke Krabi sama-sama. 

Apa perempuan dua orang ni bergosip? Bukan main menadah telinga si Myra Mokhtar.

Jemput makan ye Aminah (yang mencedok). Sebelahnya itulah pengganti aku di JKM. Kak Lina namanya.


Ada yang makan di ruang tamu.

Posing sambil makan.

Ex JKM (2 orang dalam gambar ni) dan juga JKM.

Aku dan mereka. Inilah geng makan dan geng berlibur masa kat JKM.

Grup Keyakinan Bersama reunion. Hahaha. Kami bertiga dulu pernah masuk contest sama-sama. Tudung hitam tu adik ipar aku. Kami masuk contest Kotex dan kena ke KL untuk audition. Bersungguh wei masa tu prektis menari lagu Erti Kawan. Kami dapatlah hadiah sagu hati RM800.

Grup lain yang datang kemudian.

Ini aku bersama Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Tuan Burhanuddin bin Bachik. Terharu sangat bila pengarah mai rumah. Sepanjang kat JKM aku jarang nak bercakap dengan pengarah sampailah aku tanggung kerja PA barulah aku banyak berurusan dengan beliau.

Itu pun masa berurusan pun agak janggal. Kadang taip whatsapp jenuh menyusun ayat. Aku ni kalau berurusan dengan orang besar-besar, orang pangkat-pangkat memang cuaknya lain macam. Nak tulis papan kenyataan dalam bilik pengarah pun kalau bos ada jangan harap aku nak masuk. Itulah sebab aku tak jadi PA kan. Aku ni memang suka kerja belakang tabir. Kalau tolak aku ke depan memang nervous gila.

Pengarah dan pilotnya. Aku nak jemput pengarah pun melalui Encik Radzi saja sebab dia yang bawa bos ke sana ke sini. Jadi aku minta dia yang sampaikan pada bos.

Kawan-kawan taska anak-anak.

Aku dan kawan sekolah, si wanita angkat berat. Kawan dari sekolah rendah sampailah sekarang.

Yang duduk bertiga di sofa tu, suami dan kawan-kawan Kastam. Yang bercermin mata tu Mantan Pengarah Kastam Melaka.

Ayah aku (baju kelabu) dengan anak buahnya.


Anak buah ayah.

Aku, Haji Gapal dan isteri. Haji Gapal ni sudah bersara. Sangat baik dan pemurah. Selalu belanja kita orang. Masa datang rumah aku siap bawa air mangga yang dia buat sendiri. Sedap.

Aku dan Hanani. Ini kawan aku yang kerja kat Bintulu. Kebetulan dia balik. Dia memang buat Bintulu Melaka tu serupa KL Melaka aje.

Suami dan gengnya.

Ini antara kawan yang baik dengan aku masa kat JKM. Sorang selalu belikan aku tosailah, lattelah. Sorang lagi kalau aku nak bayar bil ke, nak bank in duit ke, nak pos barang ke, dialah yang tolong.

Pertemuan yang sudah lama. Yang baju melayu biru tu pun dah tukar dari JKM.



Sempat kami bergambar sebelum berpisah.

Adriana dan kawan sekolah lama, Izzah.

Yang terakhir sekali sebelum pulang malam itu, aku sempat bergambar dengan dua orang sepupu. Ini ajelah sepupu yang rapat sebelah mak aku. Keluarga belah mak tak besar mana. Pusing-pusing itu ajelah yang ada tapi alhamdulillah walaupun tak ramai tapi tetap rasa ada.

Begitulah kenangan manis aku yang terukir semasa majlis rumah terbuka. Majlis ini dirancang saat-saat akhir bila mana ada yang bertanya bila kepulanganku ke Melaka masa raya tu. Yelah, raya kelima kami sudah pulang ke JB. Jadi aku buatlah sekali harung. Senang jumpa semua.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim






No comments: