Sepatutnya hari ini kami ada larian di Iskandar Puteri. Dah daftar masa bulan Julai tempoh hari tapi atas sebab-sebab tertentu tak jadi pergi. Tak ada rezeki nak lari di tempat orang. Lain kali sajalah. Aku pula diserang selsema. Jadi makan ubat itu yang tak sedar. Terjaga jam 6 pagi. Memang taklah nak perginya. Itu saja sebabnya. Bangun lambat.
Bila terjaga terus solat Subuh. Sementara menunggu yang lain selesai solat aku sempatlah memejam mata sebarang dua. Mengantuk makan ubat. Dalam jam 7.30 pagi bersiaplah juga. Suami ajak jogging.
Berdesup semua bersiap. Jadilah daripada tak ada.
Inilah baju dan tuala yang dapat untuk larian. Tak ada rezeki untuk medal.
Kami berjogging di Bandar Dato Onn.
Selalu jogging di kawasan rumah saja. Kali ini pergi jauh sikit. Sini lagi nyaman tempatnya. Meriahlah juga ada orang aerobik. Teringat Melaka. Tetiba.
Balik jogging apa lagi. Melepak mamak. Itulah buang lemak 1/2 kg tambahnya berkilo-kilo. Hahaha.
Aku pekena tosai. Feveret.
Sebelah petang lepas Asar, kami ke IKEA. Suami nak beli barang. Aku memesan jangan beli barang banyak-banyak nanti susah nak angkut barang bila pindah. Motif sangat pesanan tu.
Kami singgah makan meatballnya. Alang-alang sampai merasalah sorang sikit.
Aku sempat suruh anak-anak posing.
Ini salah satu tangkapan aku di IKEA. Lain barang suami. Aku cuma tertarik dengan benda alah ini.
Inilah tempat letak buku. Senang nak ambil gambar buku. Mula-mula aku ingat nak buat tempat letak buku-buku aku yang ada karya aku tapi itulah mana pula nak letaknya. Rumah kat Melaka tengah huru-hara. Tunggulah kalau kami berpindah balik ke Melaka bolehlah memikirkannya. Itu sahaja coretan hujung minggu di Johor Bahru bila minggu ini kami tidak balik ke Melaka.
Melaka, jumpa hujung bulan!
No comments:
Post a Comment