Wednesday, September 4, 2019

Desaru Yang Indah

Assalamualaikum.

Sementara berada di tempat orang, kami empat beranak mengisi masa hujung minggu (jika kami tidak pulang ke Melaka) dengan berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru. Setakat ini sudah beberapa shopping mall yang kami sudah buat lawatan. Mengisi masa berjalan-jalan dengan harapan masa pun berjalan dengan pantas.

Yalah, apa lagi yang mahu dibuat. Kalau di tempat sendiri, sudah sibuk pergi balik pergi balik rumah mak dan mak mentua. Dekat tempat orang tiada lagi tempat mahu pergi, jadi pergilah ke tempat yang boleh kita mencari suasana yang baharu.

Hujung minggu antara bulan Julai atau Ogos kami ke Desaru. Perancangan yang dirancang saat-saat akhir. Selalunya yang dirancang last minute itulah yang menjadi. Kalau rancang awal pasti akan ada halangan dan rintangan.

Biasalah. Kehidupan jika tiada halangan itu tidak mencabar. Betul ke?

Awal pagi aku sudah bersiap sedia menyinsing lengan baju masuk ke dapur untuk menyediakan nasi lemak. Permintaan anak-anak yang menggemari nasi lemak (lebih-lebih lagi anak nombor dua yang sangat sangat suka dengan nasi lemak). Jadi aku pun tanpa berfikir panjang, menyediakan segala keperluannya.

Kebetulan belum beli barang dapur. Aku masak campak-campak saja menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk. Siap-siap masak kami pun bersiap untuk bergerak ke Desaru. Hanya berpandukan encik waze kami pun menuju ke Desaru.

Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, berhadapan dengan Laut China Selatan. Berdekatan dengan pantai ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana terdapat beberapa sekolah berasrama. - Wikipedia


Sewaktu dalam perjalanan menuju ke Desaru.

Setibanya kami di Desaru.

Antara makanan yang dibawa selain daripada nasi lemak.

Wajah kegembiraan anak-anak.

Swafoto kami bertiga. Ammar Qayyum entah mana.

Permandangan Desaru yang indah.

Aku suka tengok laut tapi aku tak suka mandi laut.

Memang tidak akan aku mandi laut. Hanya mampu memandang dari jauh.

Kemudian aku menghabiskan masa dengan membaca novel. Itu aku paling suka. Duduk di suatu tempat seorang diri, menghabiskan masa dengan membaca.

Bayang-bayang kami.

Tiga beranak itu seronok mandi-manda.

Kerja aku selain membaca novel, mengambil gambar juga.

Ini aku yang paksa dia orang bergamba.

Ini pun dengan paksaan aku.

Ini pula aku suruh asben yang amik. Biasalah aku dan gambar berpisah tiada. Bukan makan aje berpisah tiada. Kalau mak aku mesti dah cakap, kalau along tak habis-habis dengan bergambar. Kenangan semuanya.

Lepas masing-masing sudah kepenatan mandi-manda, dia orang bersiap untuk menukar pakaian. Selesai semuanya, sambung makan. Kelaparan lepas mandi-manda. Orang yang tak mandi laut pun lapar, apantah lagi yang mandi.

Begitulah kisah hujung minggu kami di Johor. Akan datang ada lagi tempat-tempat yang kami ingin pergi. Bulan ini sudah masuk lima bulan aku dan anak-anak merantau di tempat orang. Hati sudah seakan menerima walaupun ada masa-masa macam teringat-ingat nak balik tempat sendiri. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





1 comment:

Warisan Petani said...

Bolehlah ke seberang tambak pula
Atau naik feri ke kepulauan Riau