Selamat pagi.
Entri kedua kiranya untuk tahun baharu. Cubaan untuk mengekalkan momentum menulis. Tanggal 16 November 2018 jam 9.45 malam, mak saudara saya pulang ke negeri abadi setelah dua puluh satu hari di hospital dan dibawa balik tiga hari ke rumah dan dia pergi jua akhirnya.
Sepanjang di hospital, doktor memang sudah maklumkan obek akan pergi bila-bila sahaja. Kondisi organ-organnya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Buah pinggang lemah, jantung lemah, kurang darah.
Iya, waktu itu saya dan kakak sepupu anak obek yang ada di situ ketika doktor memberitahu berita itu. Kata doktor lagi, keluarga kena bersedia fizikal dan mental. Kami reda dan sejak itu setiap hari bila sesuatu yang pelik-pelik berlaku pada obek kami akan cuak.
Obek keluar hospital, saya, adik dan kakak sepupu yang ada. Kakak sepupu tu anak tunggal. Jadi memang kami adik-beradik sahaja yang ada. Waktu itu, obek sudah tidak mampu untuk duduk apa lagi untuk berjalan. Katil ditolak hingga ke lobi hospital untuk ke kereta.
Sepanjang malam kami sekeluarga menemani obek. Tak putus-putus baca yassin untuknya. Masa ni jenazah sedang bersiap untuk dimandikan.
Solat jenazah.
Jenazah sudah dibawa keluar.
Waktu itu, linangan air mata sahaja yang mengiringi kami.
Baju hitam menantu, baju kelabu cucu menantu.
Van jenazah sudah menunggu. Rezeki saya untuk mengiringi perjalanan obek dalam van jenazah bersama kakak.
Saudara mara yang melawat.
Masing-masing sudah mahu bergerak ke tanah perkuburan.
Di bawa ke masjid untuk disolatkan.
Selesai solat, di bawa ke tanah perkuburan. Kami sudah menunggu di luar.
Selesai urusan pengembumian. Gambar-gambar ni saya ambil sebab adik tak ada masa pengembumian obek.
Bila yang lain sudah pulang, mereka betulkan tanah-tanahnya.
Inilah lelaki-lelaki dalam keluarga kami.
Selamat pulang obek. Rezeki obek juga. Sebelah pusaranya itu adalah pusara ayahnya iaitu atok saya. Selang satu pusara daripada obek pula pusara maknya iaitu nenek saya iaitu makmok.
Obek, along akan sentiasa doakan untuk obek. Obek akan sentiasa dalam ingatan along. Terima kasih kerana pernah jaga along masa kecil.
Saya memang rapat dengan obek. Selain mak, dia juga tempat saya merujuk bab masak-memasak ni. Bila raya, obek rajin buatkan saya biskut candy. Tapi saya tak pernah pun nak belajar. Tinggal kenanganlah semuanya.
Mak dah tinggal sorang. Malam tadi arwah datang dalam mimpi. Hanya dengan senyuman. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
1 comment:
salam takziah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman
Post a Comment