Tuesday, January 1, 2019

2018 Best Nine

Assalamualaikum.

2018 telah melabuhkan tirainya. Selamat tinggal 2018! Tahun yang penuh kisah suka dan duka. Kisah lebih duka bermula bila mak saudara (Obek Nah) masuk hospital. Kemudian terus jatuh sakit dan pergi menghadap Ilahi.

Kisah duka melarat bila adik ipar jatuh sakit. Dia disahkan sakit TIBI. Sekarang masih dalam proses rawatan. Mohon kawan-kawan doakan kesembuhan adik ipar saya Nor Faezah Alias. Disusuli pula dengan berita pertukaran suami. Kebarangkalian kami juga akan turut berhijrah mengikutnya. Doakan agar urusan saya sekeluarga dipermudahkan ya.

Semalam, ramai juga di kalangan pemain instagram yang membuat 2018 best nine. Saya pun tidak ketinggalan untuk membuatnya. Jadi, entri pertama di tahun baharu ini, saya ingin kongsikan best nine kepunyaan saya.

Image may contain: 11 people, including Zahera Abdol Aziz and Ibu Yusuf Dan Maryam, people smiling
Semuanya kisah yang manis-manis sahaja. Kisah saya dan suami serta anakanda berdua. Semoga perjalanan hidup kami masih lagi ada manisnya walaupun suatu hari nanti kami akan ke tempat baharu. Andai hadirnya duka, semoga kedukaan itu dapat ditempuh dengan berlapang dada dan diberikan kekuatan pada diri.

Apa yang diharapkan tahun ini, sama saja seperti tahun lalu. Mahu merealisasikan impian tahun lepas yang belum tercapai. Paling utama, semoga saya semakin rajin menulis dan menghasilkan beberapa karya. Semoga bakat ini masih dipinjamkan kepada saya. Sehingga bertemu lagi di lain entri.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: