Selamat malam.
Jumaat rehatnya yang panjang. Perancangan aku sebenarnya nak duduk di pejabat saja. Mahu membuta kononnya kalau tak membaca atau tak menonton drama. Saat-saat akhir hasrat itu hanya menjadi angan-angan bila mana kawan aku si Myra Mokhtar berposak mengajak aku ikut sekali keluar tengah hari itu.
Adoi.
Kelemahan aku sungguh kalau ibu mengandung yang mendesak. Nasiblah kau mengandung kalau tidak tak kuasa aku nak melayan. Hahaha. Nak makan KFC rupanya. Akhirnya aku akurlah juga. Myra Mokhtar kalau dah paksa mana mungkin kau menolak. Hahaha. Lagi pun dah lama juga kita orang tak keluar hari jumaat. Aku memang susah nak keluar kalau tak ada hala tuju. Bukan apa. Dah tahu iman tak kuat kalau keluar berjalan. Nanti tersasar diri. Daripada nak pergi makan entah apa-apa aku bawa balik nanti.
Dalam pada tak nak ikut aku order snack plate. Hahaha. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Setelah lama tak keluar berempat.
Lagi sekali swafoto daripada kami.
Balik tu, sempat bergambar berdua. Berbeza sungguh kami dulu dan sekarang. Team suria baja hitam lagaknya tapi bukan team ibu mengandung.
Kebetulan kita orang berjubah hitam hari tu.
Eh, nampak aku lebih tinggi daripad Myra Mokhtar. Dapat juga merasa diri ini tinggi. Kalau tidak rasa kemetot aje. Rupanya ada orang lagi kemetot. Hahaha. Bengang je member masa aku cakap cam tu.
"Ko jangan nak perasan sangat ko tu tinggi. Sikit je."
Eleh, jeleslah tu.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment