Monday, September 17, 2018

Cuti Tiga Hari

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Cuti tiga hari ini memang penuh dengan aktiviti. Aktiviti diri sendiri, aktiviti bersama kengkawan, aktiviti bersama keluarga. Lengkap semuanya. Seronoknya tidak terkira bila cuti dapat dimanfaat bersama dengan insan-insan yang tersayang.

Marilah aku coretkan serba-sedikit. Aktiviti sudah bermula hari jumaat sebenarnya. Itu nanti aku cerita entri lain. Sebab nak penuh pula gambar satu entri. Hari sabtu pagi aku tidak ke mana-mana. Berdua sahaja dengan  Ammar sebab Adriana pergi tuisyen, suami pula keluar beriadah dengan kengkawannya.


Keluar kejap dengan Ammar ke kedai. Sempatlah berswafoto.

Sebelah petang kami empat beranak keluar jalan-jalan. Lama tak ke Mahkot Parade. Masa ni anak-anak paw apaknya squisy. Entah apa-apalah mainannya.

Apaklah melayan. Omak mengambil gambar.

Bertigalah bergambarnya. Apak tukang tangkap. 

Cantik pula.

Sebelum balik singgah coconut shake.

Makan yong taufu.

Menu hari isnin. Menu sebelum suami outstation.

 Kari daging.

Sawi air.

Bubur jagung buat pencuci mulut. 

Itu sahaja coretan petang ini. Aku sedang mencari mood untuk memula kerja-kerja aku. Bila writer block memang payah!

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: