Sunday, September 10, 2017

Raikan Cinta Saleh Dan Normah

Assalamualaikum.

Hai bloggerians.

Cerita yang sudah dua minggu kejadiannya. Baru berkesempatan mahu ditulis. Sejak akhir-akhir ini mood saya untuk menulis jatuh merundum. Masih tercari-cari lagi momentum itu namun masih lagi belum ditemui. Blog ini pun ditulis sebab memaksakan diri. Kalau buat kerja dalam keadaan terpaksa faham-faham sahajalah bagaimana.

Dua minggu lepas ada dua majlis perkahwinan. Masa cuti sekolah yang lepas. Satu di Kuarters Kastam. Dah terang-terang kawan suami. Satu lagi kawan saya. Ex officemate. Bila sudah ada dua majlis dan tempatnya pun agak jauh, kenalah keluar awal.

Dari rumah ke kuarters kastam dulu. Itu yang paling dekat. Kebetulan sebelah pagi itu saya ada tempahan candy booth. Saya setup dulu candy booth di Dewan Bistari kemudian saya balik rumah. Saya pergi dengan si sulung saja untuk letakkan makanan sebab sebelah malam suami dah tolong pasangkan backdropnya.

Outfit of the day kononnya. Saya dah terlupa saya ada kain tersebut. Sudahnya dikenakan dengan blouse hitam.

Pelamin di dewan kastam. Masa ini pengantin belum sampai.

Sedap nasinya.

Saya dan anak-anak di perkarangan pejabat kastam.

Kemudian kami ke undangan kedua. Sewaktu ini pengantin sedang bersanding.

Kami yang sudah kekenyangan hanya makan buah dan sekadar minum air. Perut sudah tidak boleh diisi sebabnya jarak bersarapan dengan undangan pertama tadi tidak lama mana pun.

Pengantin lelaki itu kawan pejabat saya. Minggu sebelumnya dia menelefon saya untuk menjemput. Alahai. Terharu sangat sampai ditelefon.

Saya sempat bergambar bersama-sama pengantin. Cantik isterinya. Sempat pula pengantin lelaki memperkenalkan apada isterinya saya ini penulislah, bloggerlah. Dia memang suka menyakat saya. Dia kata kalau berkelapangan akak datanglah sebab saya tengok akak semakin sibuk menulis. Ada-ada saja.

Penutupnya, Dak Kakak sempat bergambar di photobooth. Saya pun sempat menitip kata di dalam buku tetamunya. Itu sahaja entri untuk petang ini. Nanti saya menyusul dengan entri yang lain. Sekin dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: