Kadang saya habiskan masa di muka buku. Tekan sana, tekan sini tanpa arah tuju. Membaca status kawan-kawan. Like sana, like sini. Komen sana, komen sini. Sedangkan siang hari saya sudah menyusun perkara yang mahu dilakukan pada sebelah malamnya. Sudahnya memang hanya tinggal impian sahaja. Semuanya tidak menjadi.
Blogwalking. Itu pun tengok keadaan. Dan pilihan yang ada adalah tidur. Begitulah kesudahannya hampir setiap hari. Kelmarin entri yang ada itu saya paksa diri juga untuk menulis. Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya perlu lakukan. Ada yang mahu mengejar tarikh. Tapi apakan daya, kudrat yang ada adakalanya tidak mampu untuk memikul semuanya.
Salah satu yang menjadikan diri saya gundah-gulana adalah tentang suatu permohonan. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada permohonan itu. Walaupun cuba membuang jauh-jauh agar perkara itu tidak mengganggu diri namun ia tetap menghantui jugak. Sudahnya saya kemurungan.
Saya sudah beberapa kali memujuk diri. Andai rezeki saya ada di situ, adalah. Jika tidak, rezeki saya di tempat lain. Nanti saya cuba kongsikan jika berkesempatan. Semoga dipermudahkan urusan saya hendaknya.
Oh ya, ini gambar saya dan rakan sepejabat. Gambar ini dirakamkan ketika raya yang lepas. Lusa dia akan bernikah dengan pilihan hatinya.
2 comments:
Kadang-kadang idea mencurah-curah, bila di depan pc, terasa kosong pula. :(
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Fyda.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Post a Comment