Siapa yang mengikuti drama bersiri Aku Bukan Bimbo? Sila angkat tangan. Aku pun pada mulanya tidak tahu pun akan drama ini. Tapi terbaca kat IG seorang blogger, kemudian tengok pelakonnya Nadiya Nisaa seharusnya aku turut terjebak.
Dalam Aku Bukan Bimbo ni Shaheizy Sam yang memegang watak sebagai Dani Ikram nampak sweet sangat mengurat si Nadiya Nisaa sebagai El Suraya. Tersuka pula dengan lakonan Sam dalam drama ini.
Minggu ini mingu akhir Aku Bukan Bimbo. Kejap je rasanya. Tak adalah hiburan malam aku yang menarik lepas ni. Seperti biasa selalunya aku tengok secara maraton. Waktu siarannya tidak kena sebab hari sekolah kan. Waktu itu aku kena tidurkan anak-anak. Jadi bila semuanya settle barulah cari masa yang sesuai untuk aku menonton.
Para pelakonnya. Sesekali ubah pelakonnya. Selalu yang glamer-glamer heroinnya. Sinopsis Aku Bukan Bimbo yang aku ambil dari SINI.
Sinopsis:-
Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ye ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.
Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.
Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”
Penangan Aku Bukan Bimbo, aku terbeli novelnya. Biasalah aku kan. Kalau dah terjebak dengan dramanya pasti akan aku beli novelnya pula. Aku sudah pun selesai menghadamkan novel ini malam tadi. Bukan main laju aku baca. Tak tahu kenapa aku suka sangat dengan watak Dani Ikram ni.Petikan dari novel Bimbo
Memaafkan bukan mudah
Memaafkan perlukan kekuatan
Memaafkan adalah sebuah pencarian
Salam pena,
1 comment:
Tak layan pun drama ni walaupun minat dgn Shahizey Sam tapi tadi tengok mcm best pulak......
Terus terjebak hihi
Post a Comment