Sunday, February 21, 2016

Selamat Hari Lahir Buat Anak Mak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi ahad. Hari ini bersantai di rumah aje. Banyak kerja yang nak dibuat. Encik suami sudah kerja. Makanya bersantai di rumah aje. Ingat nak keluar tapi malas pula. Ada kerja kat rumah kena buat. Tangguh dulu niat nak membeli tu.

Tanggal 21 Februari 2016, adalah hari penting untuk anak teruna aku. Kenangan lima tahun yang lalu sewaktu mahu melahirkannya masih segar dalam ingatan. Dugaan seminggu berkampung di hospital memang teringat-ingat sampai ke hari ini.

Hari ini, bayi lelaki ini sudah pun genap lima tahun usianya. Betapa cepatnya masa berlalu. Bila anak semakin membesar, diri terasa semakin tua.

Gambar beberapa hari sebelum genap umurnya lima tahun. Semakin membesar dan menjadi anak yang bijak. Banyak cakapnya. Yang paling menjadi kegemarannya adalah makan. Dia dan makanan berpisah tiada. Hehehe...

Sebelum mengundur diri, selamat hari lahir buat anak mak, Muhammad Ammar Qayyum bin Mohd Affendy. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak dan soleh.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: