Monday, February 15, 2016

Kembali Dengan Tugas Hakiki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Sejak dua menjak ini, mood saya memang ke laut. Saya? Selalu bahasakan diri aku. Dan dan mood ke laut kau menjadi tersangat bersopan santunnya. Alahai. Perlu ke laut selalulah nampaknya untuk mengekalkan imej sopan santun dalam diri.

Aduhai...

Banyak kerja aku yang terbantut sebenarnya. Dari kerja menulis blog, menulis sesuatu, melakukan projek bersama bff yang belum nampak jalan ceritanya. Macam-macam mahu dikejarkan. Bila semangat sedang menggunung dalam diri, ada saja perkara yang membantutkan. Akhirnya mari membantutkan diri.

Kata seorang teman, tu dugaan.

Jalan balik. Orang dah laju ke depan.

Kena laju. Jangan lemah semangat. Hati kat dalam tu kena kuat.

Begitulah kata-kata semangat yang cuba diberikan. Adakalanya kata-kata semangat seseorang yang boleh memberikan kekuatan pada diri seseorang. Betul tak?

Pernah rasa tak?

Jangan pula orang sedang dibelenggu masalah, kita tambah dengan kata-kata yang menjunamkan dirinya. Ada juga begitu. Jadi jangan tersalah pilih tempat meluah.

Minggu ni sudah kembali dengan tugas hakiki. Anak-anak sudah kembali ke sekolah. Tugas hakiki menghantar anak-anak kembali. Kemudian berkejar-kejaran pula ke tempat kerja. Begitulah tugas hakiki yang aku pikul. Pejam celik sudah masuk lima bulan kut.

Apa-apa pun saya suka dengan tugas saya. Ada hikmah begini. Mungkin. Siapa yang tahu kan. Walaupun adakalanya kita merungut dek kerana kepenatan.

Saya sedang mengumpul kembali kekuatan dan semangat yang menghilang. Diseru-seru banyak kali namun belum kunjung tiba. Mohon kembali ke pangkuan.

Salam pena,



1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Dipertemukan kawan yg mambina semangat utk jadi lebih kuat dan baik beruntung
Tapi kena yg ketawakan bila kita hilang semangat sedihlah kan.. harap dijauhkan.