Monday, March 2, 2015

~Kisah Sebelum Majlis Bermula~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari. Masih lagi entri berkisarkan kenduri dan majlis hari lahir tempoh hari. Gambar yang terlalu banyak, memeningkan kepala. Mana yang mahu dipilih. Ikutkan semua nak diupload. Over sangat. Jadi terpaksalah aku pilih hingga berpinar mata.

Jumaat pagi, memang sudah sibuk. Khamis malam jumaat aku memang dah mula sibuk. Buat cheesetart, buat dadih. Orang khemah datang pasang khemah sebelah petangnya. Selesai khemah dipasang, balik rumah mak aku ambil barang-barang. Periuklah, tray makananlah dan macam-macam. Selagi tak habis kenduri memang ada sahaja.

Bak kata kawan aku, "Macam nak kawinkan anak." Hehehehe. Teruja sudah semestinya sebab dah lama tak buat majlis macam ni.

Anak dara berdua ni aku tugaskan cucuk marshmallow. Alya tidur rumah. Aku ajak supaya nana ada kawan. Kawan berborak. Ini pun sambil cucuk-cucuk aku pasang telinga dengar mereka borak. Macam-macam.

Sebelah tengahari sampailah keluarga aku. Sepupu sepapat ikan sepat yang ditunggu-tunggu. Kalau mereka tak ada, memang tak meriah majlis aku. Poyo sangat. Anak buah aku yang tudung biru balik Melaka semata-mata untuk majlis ini. Sepatutnya dia kerja hari tu. Bibik sayang ko lebih, long!

Suasana di luar, kanak-kanak ribena turut membantu.

Yang di dalam ini pula ceritanya.

Belakang tabir. Orang dapur yang berhempas pulas menyiapkan spageti dan koktel. Dari dapurku menunya hanya spageti, koktel, dadih dan cheesetart. Yang lain aku order dan ada yang mak aku masak. Mak aku masak kat rumah dia kemudian angkut bawak datang rumah aku. Gigih kan.

Bersemangat budak-budak ni dengan kerja yang diberi.

Bagus dia orang ni. Masa ni adik ipar aku yang snap picture. Dia ke dapur dengan lenggangnya mintak aku hp. Dia kata nak amik gambar budak-budak ni tengah susun kerusi.

Nana dan Nayli. Baju biru tu anak orang sebelah.

Pembantu aku di dapur.

Meja candy booth belum habis dihias.

Dua orang 'mem' ni hanya memerhatikan kami ke hulu ke hilir, ke depan ke belakang membuat kerja. Mem-mem ini hanya memberi arahan aje. Masing-masing dah tak larat. Kalau dulu mak dan mak long aku masa kenduri, dia orang berdua yang masak. Zaman sudah berubah. Chef-chef sudah pencen. Tinggal aku dan kakak sepupu. Kita orang memang tak ambil alih. Order aje.

Ini aku sudah tukar baju. Tak pakai baju dapur lagi. Waktu ni dah jam lebih kurang 4 petang. Aku susunkan makanan dengan asben.

Budak empat orang ni sudah siap. Mereka yang diraikan. Dua orang lagi tu anak-anak buah aku.

Susun makanan tak habis-habis.

Adik ipar aku sedang hiaskan candy booth.

Rajin dua orang anak dara ni menolong.

Aku dan anak buah aku.

Ini pun anak buah aku.

Kemudian aku tagging makanan pula. Waktu ni orang surau sudah pun tiba. Itu sahaja titipan tengahari ini. Nanti sambung lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

kehidupan sihat said...

meriahnya yang membantu tu ye..hihi...

salam perkenalan & jemput ke blog nana :)