Friday, March 6, 2015

~Header Blog Yang Baru~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara pada hari yang penuh barakah. Semoga kita semua peroleh keberkatan daripada-Nya. InsyaAllah. Pagi ini aku mahu kongsikan tentang blog aku. Sikit je pun. Aku buat sedikit perubahan pada header blog. Sudah jemu mata memandang header blog yang sama. Jadi seperti biasa aku minta pertolongan daripada bf aku masa dekat PUO. Dia memang terror bab-bab ni. Aku memang tak reti langsung. Setakat buat header bodoh-bodoh bolehlah.

Semalam, dia whatsapp aku suruh tengok emel. Urgent katanya! Ingatkan apa ke benda yang urgent rupanya header sudah siap. Saja buat aku suspen. Aku ni dah ler jenis cepat susah hati. Susah hati tak memasal. Bila dah tengok emel barulah boleh rasa lega.

Ini header lama. Kawan aku jugak yang buatkan.

Dan inilah rupa header yang baru. Aku suka simple-simple aje. Itu sahaja yang mahu aku titipkan untuk pagi ini. Jadi terimalah wajah baru header blog aku ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: