Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Selamat bekerja pada semua. Entri pagi ini ingin aku kongsikan serba sedikit persiapan untuk majlis kenduri dan hari lahir adrianammar tempoh hari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Sebelum itu, aku titipkan berkenaan candy booth yang aku buat sendiri. Mana yang boleh aku buat sendiri memang aku buat. Surf internet tengok idea-idea orang lain dan kemudian aku buatlah sendiri. Senang dan menjimatkan pun sudah semestinya.
Tagline Happy Birthday aku buat sendiri. Beli kertas warna dan aku tampalkan dolly paper.
Belon tu sebelumnya penuh tapi banyak yang sudah pecah. Inilah rupa candy booth yang simple hasil daripadaku.
Memang aku minta orang khemah meja tambahan untuk candy booth.
Susunatur di atas candy booth.
Apam polkadot, koktel, dadih dan marshmallow.
Dua biji kek untuk yang diraikan.
Cheese tart dan long stick.
Pandangan dari depan untuk kek.
Lollipop dan coklat. Itu sahaja yang termampu dilakukan. Walau apa pun aku tetap berpuas hati sebab dapat lakukan sendiri. Ada rezeki lain boleh buat lagi. Mudah-mudahan. Sekian dulu dan wassalam.
Aku penulisnya,
1 comment:
Interesting...nanti nak buat gak la macam ni...hehe...
Post a Comment