Teks :Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat petang semua. Hari ini cuaca mendung sahaja. Duduk dalam pejabat pun terasa sejuk. Hari ini ramai yang berduyun-duyun keluar ke majlis openoffice. Aku duduk sahaja di pejabat memandangkan aku berpuasa. Dengar sahaja mereka bercerita juadah yang ada. Entri petang ini mahu bercerita tentang kisah 1 Syawal aku bersama keluarga. Orang lain memasing sudah bercerita aku baru terkedek-kedek nak tulis cerita 1 Syawal kami. Dah masuk 18 hari raya barulah berkesempatan.
Itu pun aku amik gambar dari telefon bimbit je dulu. Gambar-gambar dalam kamera masih lagi belum berkesempatan untuk aku belek. Jadi gunakanlah gambar apa yang ada dulu. Malam raya tu aku anak beranak tidur di Bukit Rambai. Rumah mak mertuaku. Sebabnya raya pertama laki den kerja petang. masih kerja shif lagi waktu itu. Jadi bila sudah habis di Bukit Rambai boleh terus balik rumah mak aku. Raya kat sana pula dan asben aku boleh pergi kerja dari rumah mak.
Sebelum pulang ke Peringgit rumah mak, bergambar dengan mak mertua dan adik-beradik lain.
Permulaan bergambar di rumah mak.
Bergambar satu keluarga.
Dari kiri adik aku, isterinya, aku dan suami.
Sebelah petang setelah suamiku ke kerja, aku ikut kakak sepupu aku jalan raya. Kami pergi ke rumah atok sedara(adik kepada arwah nenek) di Taman Bahagia. Aku yang menyandar di dinding tu sudah kepenatan sebenarnya.
Bila sudah berkumpul seramai ini memang tak habis-habis bergambar.
Mak dan mak long. Bising mulut mak-mak ini bila anak-anak tak habis-habis bergambar. Hehehe.
Tengoklah kerjaan anak buah aku, Amira. Ini guna kamera telefon bimbitnya. Entah apa alat yang digunakan aku pun tak tahu. Nantilah sambung lagi entri yang lain. Selepas menziarah atok sedara kita orang balik ke rumah mak. Ada jugak gambarnya. Tungguuu. Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment