Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum...
Selamat tengahari. Selamat hari rabu. Sekejap sahaja kita sudah melalui enam hari untuk bulan Ogos ini. Semalam kesibukan, buat-buat sibuk pun iye. Masih lagi mencari mood menstabilkan diri. Pandang kertas-kertas atas meja. Tak lalu. Huh! Tapi buatlah juga kerjanya walaupun dalam gerak kerja yang agak perlahan.
Tadi godek-godek telefon bimbit, nampaklah beberapa keping gambar yang aku simpan semasa penghujung Ramadhan. Jadi aku buatlah entri sebelum aku buka cerita Syawal aku yang entah bila mahu ditulis. Gambar dalam kamera pun belum disimpan dalam komputer.
Ini masa beberapa hari Ramadhan mahu melabuhkan tirainya. Ramadhan yang ke 24. hari gaji. Kami berbuka di luar dan bawak mak dan ayah aku sekali. Berbuka di Restoran Ikan Bakar bersebelahan Tesco.
Kipas apa pula ni? Kisahnya aku nak alihkan kipas ni sebab nak gantikan kipas siling. Berbulan menanti ornag wiring tak kunjung tiba. Akhirnya aku tanya pada kawan aku. Nasiblah tunang dia nak pasangkan kipas tu. Sebab kat dining aku tu tinggi.
Kipas yang aku beli tu nak letak sebelah lampu ni. Selesai juga pasang kipas ni sebelum raya. Nanti aku tunjukkan gambar selepas. Itu sahaja ceritanya. Sekian dan wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment