Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad
Assalamualaikum....^_____^
Selamat tengahari semua. Entri ini mesti tersenyum lebar sedikit. Senyum sebab dapat membeli beberapa benda di Kedai Romantika selama beberapa aku menerjah kedai tersebut. Dari tahun lepas, setiap bulan bila dapat gaji memang sepasang kaki ini gatal melangkah ke kedai tersebut. Selagi tak dibeli apa yang dimahukan tidur malam tidak lena. Hah gitu sekali. Macam orang angau bercinta.
Setelah beberapa bulan aku keluar masuk Kedai Romantika dan inilah beberapa hasil pengumpulan duit dan pembelian dari dari kedai itu. Setiap bulan beli satu barang. Nak beli sekali harung memang tak termampulah.
Meja ini memang dah beberapa kali aku dok aim. Barulah dapat belinya. Harga meja ini RM89. Clearance stok je pun. Bunga tu pula RM49.
Basikal ini aku beli dari seseorang. Teddy bear kecil tu aku beli kat Romantika. Murah je harga teddy bear tu RM15.
Frame ini pun murah. Aku memang beli yang murah dan mampu milik saja.
Bingkai gambar ini aku gantungkan di ruang tamu.
Dua bingkai gambar ini hanya RM4.
Bingkai gambar ini aku gantung di laluan depan bilik utama. Sementara nak cuci gambar anak-anak, aku gantunglah gambar aku dan asben.
Ini pula frame gambar untuk adriana. Dah lama dia minta aku belikan. Gantung dulu. Gambar kemudian.
Dalam bilik adriana. Ini dekat dinding atas kepala katil.
Ini pun dalam bilik adriana. Aku gantung gambar ini dekat atas meja tulis.
Quilt Carpet aku letak depan tv. Beli warna hijau samakan dengan warna karpet yang ada sekarang. Itu sahaja yang dapat dikongsikan. Ada beberapa item lagi yang mahu dibeli. Tunggu gaji bulan depan dan bulan-bulan seterusnya. Sekian dan wassalam...
Aku Penulis Picisan,
1 comment:
wah rajinnyer deco. english style gitu :-)
aida lom sampai masa. rumah sekarang ni yg sedia ada aje. mr.asben da x bagi buat pe pe. just maintain kemas aje :-( hu hu hu
Post a Comment